Thophughok
Baru-baru ini pada 15 Februari 2017 bersama seorang kawan telah makan tengahari di Restoran Nasi Kandar Lawood di Desa Cempaka, Nilai. Selepas makan terlihat sebuah kereta Waja yang diletak disebelah kereta Preve kami telah "thophughok" kedalam lopak lumpur yang agak dalam lalu tersekat. Berbagai usaha dilakukan untuk membantu tuanpunya Waja berkenaan untuk melepasi keadaan "thophughok" itu namun tidak berjaya sehingga muka dan pakaian kami terkena percikan lumpur dari putaran tayar Waja tersebut.

Peristiwa ini mengingatkan saya kepada kisah tahun 60an dulu jika sesebuah kereta masuk ke Jalan Kampung Solok yang pada masa tersebut hanya muat untuk laluan sebuah kereta dan tanpa tar. Kebanyakkan kereta yang masuk pasti akan mengalami peristiwa "thophughok" iaitu tayar kereta berkenaan terperangkap didalam lubang, longkang atau lopak berlumpur. Keadaan bertambah teruk jika hari hujan. Apabila penduduk kampung mendengar deruman bunyi injin kereta yang kuat kerana hendak melepasi keadaan "thophughok" berkenaan mereka akan berduyun-duyun datang untuk "melihat" dan ada yang datang memang untuk membantu dengan menolak beramai-ramai kereta berkenaan. Memandangkan semua kereta pada masa tersebut adalah "rear wheel drive" maka sesiapa yang menolak di bahagian belakang kereta akan terkena percikan lumpur. Peristiwa "thophughok" ini sama seperti satu slot cerita lakunan Allahyarham P. Ramlee bertajuk "Antara Dua Darjat". Tempat yang biasa terjadi kejadian "thophughok" ini ialah di kawasan longkang berhampiran surau Kampung Solok sekarang.