some one like you

Isnin, 24 September 2018

22.9.2018 - Hi-Fi Pioneer terjual jua

Setelah sekian lama berbudi menghibur halwa telinga dan minat yang amat mendalam sejak dari zaman remaja terhadap high fidelity (hi-fi), stereo amplifier, stereo receiver dan alat-alat yang seangkatan dengannya, akhirnya terjual jua Pioneer Stereo Receiver dan Graphic Equalizer kesayangan yang saya miliki sejak lebih dari 40 tahun lalu kerana mengalami kerosakan. Ikutkan hati memang akan berusaha untuk membaikinya tapi masa tidak mengizinkan untuk mencari kedai yang sudi dan berpengetahuan untuk membaiki alat tersebut.  Minat terhadap alat-alat ini mungkin datang dari arwah bapa yang memiliki beberapa buah radio terutama dari Jenama Philip (termasuk yang telah rosak di atas poghan) dan dikuti dengan kegemaran abang yang sulung (Talib) membeli pemain piring hitam dan mengumpul berpuluh-puluh koleksi piring hitam penyanyi melayu/indonesia/english diera 60an dan 70an. Semua benda ini telah ditinggalkan dirumah kampung dan sayalah pengguna sepenuh masa peralatan tersebut.
Bunyi bass dari lagu "hidup sederhana basikal tua" masih terngiang-ngiang

Hujung tahun 1970an jika sesebuah rumah memiliki hi-fi atau stereo amplifier, dari jauh akan kedengaran bunyi bass dari muzik yang dimainkan. Bunyi inilah yang menarik minat saya sejak dari dulu. Teringat zaman remaja di era hujung tahun 1970an dan awal 1980an setiap kali berkunjung ke Jalan Chow Kit atau Plaza Bukit Bintang, beberapa kedai menjual hi-fi akan saya kunjungi dan membelek-belek hi-fi yang dipamirkan untuk jualan (nak beli tak mampu).

Acik Kiah, suaminya nama Ahmad bin Mahmud dan emaknya bernama Uteh Minah Mahmud antara pemilik awal 8 track tape player di Kampung Solok. Bila melepak di rumah dia bersama Zainudin (Adik lelaki Acik Kiah) saya akan mencuri-curi membuka alat ini dan menikmati irama bassnya. 

Inilah dia cartridge player milik Acik Kiah. Jenama 3K Model 3K-504 (Solid State High Fidelity Amplifier Automatic 8 Track Stereo Tape Player)


Bahagian belakang player. Made in Japan.

Gambar ini dirakam pada tahun 1978 diruang tamu rumah Acik Kiah. Kerana minat yang terlalu mendalam kepada muzik, bila ada masa terluang dan peluang saya akan melepak di rumah Acik Kiah. Kalau tidak silap semasa ini Acik Kiah sekeluarga menetap di Kampung Maxwell, Kuala Lumpur. Rumah ini didiami oleh adik Acik Kiah bernama Zainudin (Zai). Sepanjang masa berada dirumah ini saya sentiasa ternanti2 agar Zai membuka Cartridge player ini. Seingat saya kelebihan alat ini ialah bunyi bass dia yang amat lembut sekali. Muzik yang paling saya minat ialah dari Biddu Orchestra. Memang mengasyikkan!


 Tracklist:
A1 Futuristic Journey 4:39
A2 Journey To The Moon 4:50
A3 Journey To The Sun 4:50
A4 Journey Into Ecstasy 4:39
B1 Eastern Journey 3:30
B2 Blacker The Berry (Sweeter The Juice) 3:47
B3 James Bond Disco Theme (Journey Into Fantasy) 3:28
B4 Un Homme Et Une Femme 3:50
B5 Unfinished Journey 3:45

Inilah salah satu alat muzik yang menjadi perhatian dan minat saya di era tersebut. Jenama Sansui.


SONY STEREO AMPLIFIER MODEL TA-212A
Specifications
Power output: 12 watts per channel into 8Ω (stereo)
Frequency response: 20Hz to 20kHz
Total harmonic distortion: 3%
Damping factor: 20
Input sensitivity: 3.8mV (mic), 3mV (MM), 160mV (line)
Output: 140mV (line)
Speaker load impedance: 8Ω to 16Ω
Dimensions: 407 x 150 x 300mm
Weight: 5.1kg
Year: 1978
Price: $285
Sony stereo amplifier ini dibeli oleh abang kedua (Harun) semasa dia bertugas di TLDM Woodlands, Singapure. Dia membawa alat ini balik dan ditinggalkan dikampung untuk kegunaan keluarga. Alat inilah yang membuatkan saya terkilan hingga kesaat ini kerana salah sambung wayar yang tidak berkenaan menyebabkan ia mengalami kerosakan lalu dihantar kesalah sebuah kedai membaiki alat letrik di tepi Hentian Bas Tampin. Hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun alat tersebut gagal dibaiki dan akhirnya dikatakan dibaiki dikedai lain lalu hilang begitu sahaja. Mentang-mentanglah saya budak-budak ketika itu mudahlah pekedai ini menjual kelentung dia.

Akai Radio Cassette Recorder model AJ-360 antara alat yang ditinggalkan dirumah kampung oleh Abang Harun

Gambar kulit album Potret Kasih Kathy Ibrahim terdapat gambar Hi-FI Technics yang saya minati

 National PLL Multiplex Circuit
Speakernya

Inilah dia Pioneer Stereo Receiver dan Graphic Equalizer kesayangan saya
 Belakang


Jenama dan model

Iklan melalui Mudah.com
Tidak sampai beberapa jam di iklankan didalam mudah.com, Seorang apek cina menghubungi saya danakan datang kerumah untuk membeli alat tersebut. Dengan sekilas pandang dan tanpa berfikir panjangdia mengeluarkan duit dari beg duit dia dan dengan begitu pantas apek cina yang membeli alat ini membawa "lari" hi-fi tersebut seolah dia takut saya akan berubah fikiran. Dengan terjualnya alat tersebut maka berakhirlah kisah hi-fi, bunyi bass dan perkata-perkara yang seangkatan dengannya. Terima kasih.