some one like you

Jumaat, 9 November 2018

15.11.2018 Pita kaset lama


Terjual jua walau pada awal hendak dibuang saja. TQ Mudah.














Terbang ke Kuah, Langkawi menemui tuan yang baru

Kaset saya dijaga rapi oleh tuan barunya


Ahad, 4 November 2018

5.11.2018 Playstation One (PS1 atau PSX)

Terjual sudah. Dibeli pada tahun 1995 dan masih bertahan walau telah beli PS2 dan PS3. Memang benar-benar berbudi kepada keluarga kerana boleh dikatakan sampai jemu menggunakannya. Dalam berkemas-kemas teringat mudah.com lalu diiklankan. Sebelum diiklan telah diuji untuk mengetahui ia berfungsi atau tidak. Masih terpapar di screen pilihan "CD PLAYER or MEMORY CARD" petanda ia masih berfungsi. Ujian untuk memainkan game tidak dapat dijalankan memandangkan tiada CD game. Melalui mudah.com memang terbukti masih menjadi rebutan ramai macam menjual goreng pisang panas sampai tak terlayan.










4.11.2018 Radio Myvi


Terjual sudah. Ingatkan dah nak buang tapi fikir banyak kali untuk mencuba dalam mudah.com.  Rupa-rupanya bila dicuba oleh seorang pembeli yang agak ada ilmu dalam membuka/memasang radio berkenaan kedalam keretanya, radio itu berfungsi dengan baik walau telah tersimpan lama di dalam stor. Berbaloi dia datang kerumah meredah LEKAS HIGHWAY hampir satu jam dari Seremban untuk mendapatkan radio berkenaan.
Radio berkenaan mengingatkan saya ketika menukarnya di Brothers Accessories Bandar Baru Bangi. Pekerja yang tidak berpengalaman telah mematahkan bilah tempat air-cond keluar. Jalan mudah diambil dengan meletakkan gam tapi tidak bertahan lama. Moralnya hati-hati berurusan dengan  Brothers Accessories kerana terkenal dengan menggunakan pekerja yang langsung tiada pengalaman atas dasar menjimatkan kos dan akhirnya pelanggan yang menjadi mangsa termasuk dashboard kereta bercalar-calar seperti dicakar singa betina.

Bertukar tuan setelah bertapa di dalam stor