some one like you
Isnin, 30 Disember 2019
Jumaat, 27 Disember 2019
Motorsikal dan kereta
Honda CD90 - Motor pertama bapa saya dengan plet no. NC 3960. Dibeli bagi keperluan setelah beliau bertukar dari Stesyen Mesin Padi Astana Raja ke Stesyen Ulu Gadong, Kota. Kadang2 dapat juga peluang menjadi pembonceng jalan2 ke Pekan Tampin. Bukan selalu pun. Ini baru dinama peluang keemasan. Mungkin terpengaruh/terikut2 dengan bapa saya, abang saya Talib juga membeli motor jenama ini. Sebagai orang muda dan mengikuti trend semasa, beliau telah menukar handle motor ini kepada yang lebih tinggi. Ala2 handle basikal BMX. Kalau tidak silap saya Alang Kassim Kedai pun pernah memiliki motor model ini. Motor inilah yang digunakan oleh beliau diperingkat awal perniagaannya.
Honda Benly S110 - Motor kedua bapa saya dengan plet no. NE 7151
Vespa - Motor kedua Abang Talib dengan plet no. KB 6330 . Ucu Doya pun pernah memiliki motor jenama ini.
Lambretta - Acik Achin Bukit dan Pak Lang Ana Dilir pernah memiliki motor jenama ini.
Datsun 120Y Wagon - Kereta pertama Alang Kassim Kedai. Kereta yang banyak membantu orang2 kampung semaada disaat kecemasan atau disewa khas untuk ke Kuala Lumpur atas sesuatu urusan. Model sedan kereta ini digelar Datsun Buah Kana.
Toyota Corolla DX Wagon - Kereta kedua Alang Kassim Kedai. Seperti kereta pertama kereta kedua ini juga banyak membantu orang2 kampung.
Morris Minor Talib Lebho Air Melintang. Dulu2 kerap diletak di sebelah pondok telefon lama di Simpang Astana Raja.
Austin Mini Cooper Wagon - Bapa saudara saya Angah Omar pernah memiliki kereta jenama ini dengan plet no. AD 5383. Talib Lebho Air Melintang pun pernah memilikinya sebelum bertukar kepada Morris Minor.
Austin Cambridge - Antara kereta terawal Pakcik Toyot Mobok. Beliau pernah juga memiliki Mercedes-Benz. Antara kenderaan2 yang sering disewa khas untuk sesuatu urusan di Kuala Lumpur.
Austin Cambridge - Achik Achin Bukit pernah memiliki kereta jenama ini dengan plet no. BC 3740. Antara orang pertama Kampung Solok yang memiliki kereta. Juga banyak membantu orang kampung disaat kecemasan.
Langgan:
Catatan (Atom)