some one like you

Khamis, 28 Januari 2021

Projek menampal tiub basikal bocor

Dulu2 (zaman kanak2) jika tiub basikal kita bocor, kita kena berusaha sendiri untuk menampalnya. Jika tidak basikal kita akan menjadi sukun yang bertapa dibawah rumah kita.

Persediaan peralatan untuk menampal agak remeh. Antara peralatan yang diperlukan ialah susu getah cair, kertas pasir, spanar, skru driver, seberkas air dan pelita minyak tanah atau lilin. 

Mula2 kita kena keluarkan tiub dari tayar basikal, tidak perlu buka rim memadai keluarkan tiub sahaja. Selepas itu isi sedikit angin dan merendamkanya kedalam bekas berisi air untuk menguji dimana kebocoran berlaku dan menandakanya. Teruskan uji takut ada kebocoran lebih dari satu tempat. Gosok dengan jari bagi menguji jika ada paku atau benda tajam terlekat pada tayar.  

Selepas itu cari tiub basikal terpakai lalu digunting empat persegi dalam ukuran 1x1.5in. Gunakan kertas pasir untuk melicinkan satu permukaan tiub tersebut termasuk juga pada permukaan tiub yang kita telah kenalpasti tempat berlaku kebocoran.      

Dengan menggunakan susu getah kita ratakan susu getah tersebut kepermukaan tiub yang digunting tadi dan juga pada permukaan tiub yang bocor itu.

Kemudian kita panaskan kedua2 permukaan tiub tersebut dengan mengguna api pelita/lilin. Panaskan sekadar untuk mendapatkan bahang panas api bagi mempercepatkan susu getah kering. Jika tiada sumber api, panas matahari pun boleh digunakan.

Selepas warna putih susu getah bertukar, kita lekatkan kedua2 permukaan tiub2 tersebut. Pastikan lekatan tersebut betul2 rata dan tidak berkedut.

Letakkan ditempat rata dan dengan menggunakan benda tumpul ketuk pelahan2 permukaan tiub yang melekat tadi. Biarkan dalam beberapa minit. Lagi lama lagi bagus hasilnya. 

Akhir sekali dengan mengguna bekas air tadi kita uji hasil tampalan tersebut semaada ada kebocoran lagi atau sebaliknya. Jika masih bocor punca utama mungkin susu getah tidak berapa likat, permukaan berabuk

Jika tiada kebocoran pasang semula tiub dan pam. Selepas itu mesti berkobar2 nak kayuh sebab kerja menampal tersebut adalah hasil kerja tangan kita.    

Masa berlalu, kerja2 menampal menjadi lebih mudah. Susu getah diganti dengan gam Dunlop. Kerja menampal dengan menggunakan gam ini menjadi lebih mudah dan cepat. Hasil tampalan biasanya 100% berjaya.

Masa berlalu lagi, teknologi berkembang. Akhirnya peralatan untuk menampal boleh dibeli melalui online semurah RM2 lebih sahaja. 

Dulu2 susu getah ditadah dengan menggunakan tempurung kelapa. Kemudian bertukar kepada cawan tanah liat dan yang terkini cawan yang dibuat dari plastik yang lebih ringan.

 Contoh peralatan menampal yang dijual melalui Shopee.

Hasil untuk tampalan ini saya telah kayuh hampir 1000km. 

Hasil tampalan yang nampak comot tetapi tahan berkilo2 meter.

Menguji tempat berlaku bocor dengan mengguna seberkas air.

Peralatan2 yang diperlukan. Getah tiub terpakai, gunting, kertas pasir dan gam Dunlop.

Tak perlu guna bicycle stand memadai terbalik je basikal kita. 

Kalau nak senang beli jer kat online. RM6 untuk saiz 26" dan RM12 untuk saiz 27.5". Tetapi tidaklah mencabar berbanding menampal dengan menggunakan susu getah. 


Selasa, 5 Januari 2021

Jumaat, 1 Januari 2021

Kayuh Putrajaya 40km 31.12.2020

 

https://youtu.be/umh8AzCen1I

https://youtu.be/umh8AzCen1I

8.45mlm hingga 11.18mlm sejauh 41.46km