some one like you

Isnin, 22 Januari 2024

Batu pengasah parang


Ini adalah batu pengasah parang milik arwah bapak. Ia dibuat dari ketulan batu dan disimen diatas bateri mesin padi bertujuan supaya mudah bagi para pengguna untuk mengasah parang mereka. Batu pengasah ini dibuat mungkin pada awal tahun 60an. Tiada penunjuk masa yang boleh dikaitkan dengan tarikh ia dibuat. Dari pemerhatian saya sejak kecil batu pengasah ini paling kerap digunakan oleh Angah Usuh (nama sebenar Yusof iaitu suami kepada Angah Akam). Oleh kerana ia kerap digunakan, bahagian tengah batu ini menjadi berlekuk.

Sabtu, 13 Januari 2024

Batu angkat berat


 Tahun 60an mereka telah membuat batu angkat berat ini. Jika difikir bukan mudah untuk nembuatnya. Bayangkan dengan wang yang tiada ditangan, masa yang begitu terhad dan terpaksa berdepan dengan ibu dan bapa yang mengandaikan ia perbuatan dan kerja yang sia2, akhirnya mereka berjaya menyiapkan batu angkat berat ini. Saya hanya berjaya berjumpa satu biji sahaja. Sebiji lagi mungkin ada didalam semak2 berhampiran rumah atau mungkin telah tertanam didalam tanah. Jika ada usaha untuk mengesannya Insyallah boleh ditemui. Seperti zaman sekarang bila ada sesuatu sukan yang diminati ia akan menjadi ikutan peminat2 sukan tersebut. Begitu juga dengan batu angkat berat ini yang pasti ada yang menarik minat mereka untuk menceburi bidang sukan ini hingga sanggup membuatnya walau tiada panduan atau "Youtube" seperti zaman sekarang. Tahniah kepada Abang Ismail bin Abu Samah serta rakan2 sekampung yang lain kerana berjaya mencipta batu angkat berat ini. Apa yang masih saya ingat ialah Abang Ismail memiliki "kepak" dibawah kedua2 ketiak beliau hasil dari latihan menggunakan batu angkat berat ini. Batu ini jika didedahkan kepada muzium sukan sudah pasti ia akan menjadi bahan pamiran untuk ditonton seperti mana batu2 yang tersusun rapi bagi membina Tembok Besar China dan Piramid. 

Selasa, 9 Januari 2024

Ghombau Mini Jamboree 2023



cabaran betul bila melintasi parit air ini dalam keadaan tanpa bantuan sesiapa. menjerit minta pertolongan namun tidak bersahut. diakhir stage ini baru saya sedar saya adalah peserta pertama yang mendahului lain2 peserta 15 minit dihadapan.