some one like you

Jumaat, 1 Ogos 2014

Pelita tempurung raya 2014

Dulu2 setiap menjelang hari raya, kebanyakan keluarga akan memasak rendang daging lembu atau kerbau. Bagi menyediakan rendang akan banyak menggunakan santan kelapa. Mana2 rumah yang memnpunyai mesin kelapa sendiri, maka akan banyaklah terdapat tempurung kelapa. Tempurung kelapa akan disusun sedemikian rupa dan menjelang hari raya ia akan dibakar diatasnya. Ia boleh bertahan sehingga dua ketiga jam menerangi malam raya yang semestinya ada aktiviti bertakbir dari rumah kerumah yang bermula selepas waktu isyak dan kadang2 berlarutan hingga jam 3 pagi baru selesai. Memang meriah!     

1 ulasan:

  1. Menara tempurung sempena raya puasa 2014..raya puasa 2015 bertukar sudah menjadi menara pusara..

    BalasPadam