some one like you

Jumaat, 7 November 2014

Krabi, Thailand 9 hingga 12 November 2014

Kedua-dua penerbangan pergi dan balik seawal subuh setimpal dengan harga tambang murah yang ditawarkan.


Kadar pertukaran wang RM kepada THB.

Itinerary

2 pin power plug (Travel adaptor) - Pastikan benda ini dibawa kerana di Krabi kebanyakkan penginapan menggunakan 2 pin power plug. Di Krabi dijual dengan harga antara THB500-THB700.

Waterproof Dry Bag- Satu keperluan sebab kebanyakkan aktiviti/lawatan melibatkan air, laut dan sungai. THB3000 untuk saiz paling kecil (Lebih kurang sama harga di Malaysia)

Penginapan kami - Krabi La Playa Resort.

Wifi kena ada.

Kenderaan yang digunakan untuk membuat lawatan. 

Marine Fish Farm. Tak termasuk dalam jadual lagi bagus sebab ntah apa-apa..

Satu lagi tempat lawatan yang ntah apa-apa..

Petai - Tujuh papan THB50. Murah?

Orang Siam memang minat muzik. Lihat woofer gedabaknya yang terdapat didalam hampir disetiap teksi van mereka .

Hari ke 2. Long tail boat yang disediakan untuk lawatan ke pulau-pulau.
PERINGATAN
Sila kenakan pakaian yang sesuai untuk mandi.
Jika anda mengenakan jeans untuk lawatan ini bermakna  ada yang tak kena pada anda. 

Bagi package yang agak mahal disediakan speed boat.

Tukang kemudi long tail boat. Alat kemudi banyak dah di auto kan oleh beliau tu sebab nampak relax jer.












Phra Nang Cave. 


Hari ke 3. Atas pilihan group kami. Package Full Day Sea Cave + Elephant Trek THB1,300 seorang. 
Berkayak dan berkayuh sendiri untuk melihat gua-gua. Aktiviti yang sungguh memenatkan tetapi penuh pengalaman.  




Guide yang memperkenalkan diri dengan nama "Banana" (?) sedang memberi penerangan tentang lukisan tangan di Pee Hua Too Cave.


Antara lukisan tangan yang terdapat didalam Pee Hua Too Cave. 








Hidangan nenas (memang sedap) sebelum menaki gajah. 



Tempahan breakfast pada hari terakhir adalah sesuatu yang amat tidak praktikal kerana kita tidak akan sempat mengambil breakfast dihotel kerana kita kena berada di airport selewat-lewatnya pada pukul 6.30 pagi sedangkan breakfast hour bermula pukul 7.00 pagi. Kita cuma dibekalkan sebiji telur, sebiji pisang dan sebiji bun yang memang tidak sempat dijamah pun.   


Baki duit BTH setelah balik ke Malaysia. BTH5000-BTH2980=BTH2020 
Ulusan: ***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan