some one like you

Ahad, 31 Mac 2019

30.3.2019 Mari main silap mata

Iklan di dalam mudah.com



Terpengaruh (terperanjat) dengan harga RM79k untuk model keluaran April 2018 dan tarikan mileages cuma 17k lalu menyinggah


Setelah menyinggah lalu pengiraan pun dibuat. Alangkah terperanjatnya bila ditunjukkan quatation harga kereta berkenaan dari RM79k menjadi RM91,610 (Perbezaan RM12,610)


  Moralnya permainan silap mata itu penuh dengan penipuan dan penipuan ini tidak terikat dengan sesuatu undang2 kerana ia dikategori sebagai permainan silap mata


30.3.2019 Sembilan tujuh sembilan






Khamis, 28 Mac 2019

29.3.2019 Pengeliruan oleh Giant Hypermarket Taman Kajang Mewah, Sungai Chua, Kajang


Barang yang terlibat ialah coklat Kit Kat 2F Sharebag 12X17gm




Di rak pamiran coklat ini terdapat tiga tanda harga tetapi mana satu yang terpakai?




Bila pembayaran dibuat harga yang terpakai ialah RM9.99


Perbezaan RM1.00 adalah nilai yang besar sudah pasti pelanggan akan terpengaruh dengan harga RM8.99 dan terus membuat pembelian. Bila aduan dibuat pihak Giant berpegang kepada harga RM9.99 dan pelanggan terang2 ditipu. Seksyen 14(1) Akta Perihal Dagangan 2011 dan Seksyen 12(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 menjelaskan pelakuan dan pernyataan ini adalah satu kesalahan. 

Selasa, 26 Mac 2019

26.3.2019 Penyambung paip poly


Petua melakukan kerja2 penyambungan paip poly
Apabila penyambungan dibuka hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan pencengkam pada hujung paip tersebut

Jika tidak dipotong beginilah hasilnya





Isnin, 25 Mac 2019

25.3.2019 Samsung Health























25.3.2019 Pusat Servis Kenderaan Kong Brothers Car Service Centre, Jalan Putra 3, Taman Putra, Kajang


Antara kedai membaiki kenderaan yang patut di pulaukan dikawasan Kajang kerana jika kita membawa spare part yang dibeli sendiri dari kedai luar formen akan mengatakan part tersebut tidak bagus dan sekiranya pemasangan dibuat dikedai ini kerja2 pemasangan akan dibuat cincai sahaja malah nampak sangat tujuan formen ini hendak menjahanamkan kereta kita akibat membeli part dari kedai luar yang dia kata tidak bagus itu. Part yang bagus hanya dari kedai dia sahaja. Hampeh!!! Muka formen ini pun macam kepala taik!!!




Ahad, 24 Mac 2019

25.3.2018 Honda Accord CL7 - Adakah mimpi selama 30 tahun akan menjadi nyata?


Saya pasti ramai dikalangan kita yang tidak ambil kisah pasal kereta kerana tidak minat. Tidak hairan ramai yang tidak menyedari kewujudan sesuatu model kereta termasuk juga model kereta tempatan apa lagi model buatan luar negera seperti Jepun. 
Kereta yang dinamakan Honda Accord CL7 menggantikan model sebelumnya yang dikenali sebagai CF4. CF4 dan CL7 ini memang susah dijumpai dijalan raya Malaysia atas faktor berikut (mungkin).
1) Ia sebuah kereta hanya untuk pasaran Eropah dan Jepun sahaja dan ia tidak memasuki pasaran Malaysia.
2) Bagi yang diimport mungkin tidak ramai berminat untuk memilikinya dengan tanda harga sekitar RM150K. Mungkin ada yang berminat namun untuk sebuah kereta second hand dan usia yang agak lama saya rasa ada banyak lagi kereta lain yang boleh menjadi pilihan pembeli Malaysia.
Walaupun apa pun model ini masih lagi menjadi kereta idaman saya atas faktor rarity, bentuk yang menawan dan juga ia mempunyai darah Type-R (Euro -R bukan sebuah kereta prestasi seperti Type-R) ia dibina untuk keselesaan dan kelajuan.
yuzwan says:
Superb..kete idaman aku jugak..xdpat euro r..dapat cl7 biase dengan kit euro r pun da memadai.
Ridzuan says:
bro, dah beli ke kete ni. aku pon minta sangat dengan euro r ni. plan nak cari x lama lagi.
Anonymous says:
saudara2..nak tanya.kereta model ni spare parts boleh masok ke dgn accord model malaysia? ataupun senang ke nk dpt spare parts n nk baiki if ade rosak major2.just asking.mmg minat sgt.
Asraf Rutan says:
most parts boleh pakai local accord punya (SDA). exterior & accessories (lampu, pintu, cermin etc) kedai potong ada cuma tak berapa banyak, ada yang kena order dulu. Selamat memiliki kereta idaman anda heheh

Gambar2 CL7 sila klik
https://www.trademe.co.nz/motors/reviews-advice/honda-accord-euro-r-2002-2008-used-car-review/ 

Gambar2 CF4 sili klik
 http://hondacars.kamikaze-drive.com/ACCORD005.htm

Copy paste encikazman.blogspot.com


23.3.2019 Kuarters Kakitangan Awam (KKA), Jalan Shahbandar, 55100 Kuala Lumpur

Bertuahnya kakitangan awam yang berjaya menduduki kuarters ini. 1300 kaki persegi dengan 4 bilik dan 3 bilik air dengan kadar sewa RM380 sahaja sebulan. Lokasi terletak ditengah2 bandaraya Kuala Lumpur dikelilingi dengan beranika kemudahan awam dan pusat membeli belah tersuhur. Bekerjalah dengan penuh komitmen, berdidikasi dan berintergriti sebagai membalas sumbangan kerajaan kepada kita. 


Jam tepat 12.00 tengahahari. Pekerja binaan bermandi peluh dibawah hangat matahari mencicah 40 darjah celcius

Sedangkan ada dikalangan kita kakitangan awam yang sudah tersedia dengan ruang kerja berhawa dingin tetapi masih juga hendak keluar mengular seolah2 lebih suka dengan ruang kerja yang panas seperti pekerja binaan ini