Sungguhpun terdapat statut khas bagi pentadbiran tanah adat di Negeri Sembilan, namun sekiranya
dilihat dari sudut saiznya, institusi tanah adat telah semakin kurang kepentingannya. Berdasarkan data
yang diperoleh pada tahun 1996, jumlah tanah yang dicatat sebagai tanah adat hanyalah 6.39%
berbanding jumlah hakmilik lain yang didaftar di bawah Hakmilik Pejabat Pendaftar dan Hakmilik
Pejabat Tanah. Dari sudut keluasan tanah adat hanyalah sekitar 2% dari keseluruhan Negeri Sembilan.
Manakala daerah yang paling banyak didaftarkan tanah adat adalah di Rembau yang mencatat sebanyak
12.4% berbanding luas keseluruhan daerah tersebut (Kadimi, 2015). Manakala, di Kuala Pilah, menurut
data yang diperoleh pada tahun 2012, peratusan tanah adat berbanding dengan jumlah keseluruhan tanah
di daerah itu hanyalah 11.4% (Jamil & Taib, 2012).
copy paste