some one like you

Jumaat, 7 Jun 2019

4.6.2019 Tanah adat Negeri Sembilan





Sungguhpun terdapat statut khas bagi pentadbiran tanah adat di Negeri Sembilan, namun sekiranya dilihat dari sudut saiznya, institusi tanah adat telah semakin kurang kepentingannya. Berdasarkan data yang diperoleh pada tahun 1996, jumlah tanah yang dicatat sebagai tanah adat hanyalah 6.39% berbanding jumlah hakmilik lain yang didaftar di bawah Hakmilik Pejabat Pendaftar dan Hakmilik Pejabat Tanah. Dari sudut keluasan tanah adat hanyalah sekitar 2% dari keseluruhan Negeri Sembilan. Manakala daerah yang paling banyak didaftarkan tanah adat adalah di Rembau yang mencatat sebanyak 12.4% berbanding luas keseluruhan daerah tersebut (Kadimi, 2015). Manakala, di Kuala Pilah, menurut data yang diperoleh pada tahun 2012, peratusan tanah adat berbanding dengan jumlah keseluruhan tanah di daerah itu hanyalah 11.4% (Jamil & Taib, 2012).

copy paste

Tiada ulasan:

Catat Ulasan