some one like you

Isnin, 2 Mac 2020

Permohonan pindahmilik tanah adat di Daerah Rembau

APA ITU TANAH ADAT?


https://akumalim.blogspot.com/2012/05/pengenalan-tanah-adat-di-negeri.html?m=1


PROSES PERMOHONAN PINDAHMILIK TANAH ADAT DAERAH REMBAU

Dari Pejabat Tanah Rembau dapatkan check-list dan borang dengan nama "Permohonan  Memulang/Memajak/Mencagar/Mengadai Tanah Pusaka Adat Luak Rembau Mengikut Seksyen 7(iv) Enakmen  Pemegangan Adat Bab 215".

Selepas diisi seperti disyaratkan dalam enakmen perlu mendapatkan pengesahan dari Dato Lembaga suku-suku yang berkaitan.

Bagi suku biduanda perlu berjumpa untuk pengesahan oleh Dato Perba Abdul Razak bin Mohd Yassin. Nombor telefon beliau ialah 017-3268595.  Beliau tinggal di Kampung Air Panas, Pedas, Rembau.

Semua urusan pengesahan oleh Dato Lembaga dibuat di Balai Undang Rembau dan bukan ditempat tinggal beliau. Beliau perlu diberi dua hari notis untuk mendapatkan pengesahan dari beliau.

Selepas mendapat pengesahan Dato Lembaga borang tersebut perlu dihantar ke Pejabat Tanah Rembau.

Pejabat Tanah Rembau akan mengambil masa selama lebih kurang dua bulan untuk memproses permohonan tersebut atas alasan permohonan terlalu banyak.

Selepas lebih kurang dua bulan Pejabat Tanah Rembau akan menghubungi secara bersurat pemohon dan penerima termasuk Dato Lembaga bagi proses apa yang dipanggil “Bicara Turun Kuasa”.

Antara syarat pindahmilik tanah adat ialah keluasan tanah yang terlibat untuk pindahmilik yang kurang dari satu ekar tidak boleh diletakkan lebih dari satu nama sebaliknya jika lebih dari satu ekar boleh diletakkan lebih dari satu nama.


 Maklumat Dato Lembaga

 Simpang ke Balai Undang

 Balai Undang

Sekolah Dato' Abdullah, Rembau

Contoh check-list dan borang





Tiada ulasan:

Catat Ulasan