some one like you

Jumaat, 30 Julai 2021

Felda Jelai 3, Gemas

 

222 dan 333, Blok 10, Felda Jelai 3, Gemas.

Pemandu mabuk di PLUS Simpang 4 hala Seremban


Sabtu, 24 Julai 2021

Kampung Solok musim buah2an 24.7.2021

 

Rumah arwah Chuma

Kawasan masih terjaga

Rambutan. Di Kajang RM10 sekilogram. Dikampung orang tak pandang kerana setiap pokok berbuah lebat.   
Berjuntai2 sampai ketanah. Petik dan makan sambil berbaring.

Plus sizing rim/tyre Myvi

Plus sizing or up-stepping is the practice of replacing the wheel with a larger one and mounting a lower profile tyre while maintaining the same (or approximately the same) diameter and circumference as the original tyre.


Plus Sizing - Original Size, Plus One, Plus Two

Myvi merah ini keluaran tahun 2006. Setelah hampir 15 tahun menabur jasa dengan mileage lebih dari 224,400km, sedikit perubahan ingin dilakukan keatas Myvi ini. Perubahan tersebut ialah menukar rim/tayar yang lebih besar iaitu dari rim standard kilang 14in kepada 15in. Proses ini dipanggil plus sizing (Plus one).   Keinginan ini memang telah lama dirancang namun kesukaran mencari rim/tayar yang sesuai dengan harga yang berpatutan menyebabkan ia tertangguh begitu sahaja.   

Sebelum proses plus sizing, saiz tayar yang asal ialah 175/65/14. Melalui mudah.com, ia berjaya dijual kepada pembeli dari Mantin dengan harga murah baloi RM100 termasuk tayar.


Iklan didalam Marketplace FB empat biji rim standard Toyota Yaris/Vios 2007-2008 ditawarkan dengan harga RM350 beserta tayar jenama Michelin. Rim didapati dalam keadaan amat baik dengan bunga tayar anggaran 80% menjadi pendorong untuk memiliki rim/tayar ini. Pembelian dibuat di rumah penjual di kawasan Desa Permai, Sikamat, Seremban.


Myvi selepas plus sizing. Penukaran rim/tayar dilakukan sendiri dihadapan rumah penjual dengan dibantu oleh adik penjual. Memang nampak perubahanya. Sekali tengok macam Toyota Yaris model terdahulu.  


Toyota Yaris 2007/2008 menggunakan rim seperti ini sebagai accessories standard.
 
Toyota Vios 2008 juga menggunakan rim jenis ini sebagai accessories standard.


Jenama Michelin. Usia tayar minggu 14 tahun 2018 (1418)

Model Energy XM2

Saiz 185/60/15

Selepas pemanduan melalui jalan lama Seremban - Kajang dan Lekas Highway memang terasa perbezaanya. Terasa lebih mantap dan nyaman berbanding rim lama. Memang berbaloi dengan bermodalkan RM250 (RM350 - RM100).   


Jumaat, 23 Julai 2021

Perkembangan terkini tanah lesen/setengah ekar/anugerah 23.7.2021

 Projek memasang tiang letrik


Kelihatan rumah Hamdan Yassin (Shadun) yang telah begitu lama disiapkan namun kerana ketiadaan kemudahan air dan api letrik, rumah tersebut tidak dihuni. Apa2 pun Shadun tetap beruntung kerana kos pembinaan semasa rumah ini disiapkan mungkin tidak sampai RM50k (?). Nilaian sekarang mungkin melebihi RM100k. 










Rabu, 7 Julai 2021

Kecurian basikal MTB

 Hari ini 7 Julai 2021 jiran setaman telah kehilangan basikal jenama Veego. Berita kehilangan telah disebarkan melalui group whatsapp taman.

Maklumat dari mangsa mengatakan gate telah dikunci. Samaada basikal turut dikunci atau sebaliknya tidak dapat dipastikan.

Kunci gate yang digunakan tidak mengalami sebarang kerosakan. Kemungkinan ketinggian gate yang cuma empat kaki memudahkan basikal diangkat.

Lokasi rumah mangsa adalah jalan besar  yang digunakan oleh orang awam untuk keluar masuk ketaman2 yang terletak dibahagian belakang tempat kejadian.

Lokasi rumah juga agak terlindung oleh pokok yang ditanam dihadapan rumah.

Lokasi rumah terletak dibahagian T persimpangan yang tiada rumah yang betul2 mengadap rumah ini. Faktor2 ini didapati memudahkan pencuri melakukan jenayah mereka.

Basikal yang dicuri.
Pencuri tertinggal bekas air dia. Melihat kepada bekas air yang masih penuh, pencuri disyaki hendak pergi kerja. Ia sepatutnya menjadi bahan bukti untuk mengesan cap jari pencuri.