some one like you

Sabtu, 24 Julai 2021

Plus sizing rim/tyre Myvi

Plus sizing or up-stepping is the practice of replacing the wheel with a larger one and mounting a lower profile tyre while maintaining the same (or approximately the same) diameter and circumference as the original tyre.


Plus Sizing - Original Size, Plus One, Plus Two

Myvi merah ini keluaran tahun 2006. Setelah hampir 15 tahun menabur jasa dengan mileage lebih dari 224,400km, sedikit perubahan ingin dilakukan keatas Myvi ini. Perubahan tersebut ialah menukar rim/tayar yang lebih besar iaitu dari rim standard kilang 14in kepada 15in. Proses ini dipanggil plus sizing (Plus one).   Keinginan ini memang telah lama dirancang namun kesukaran mencari rim/tayar yang sesuai dengan harga yang berpatutan menyebabkan ia tertangguh begitu sahaja.   

Sebelum proses plus sizing, saiz tayar yang asal ialah 175/65/14. Melalui mudah.com, ia berjaya dijual kepada pembeli dari Mantin dengan harga murah baloi RM100 termasuk tayar.


Iklan didalam Marketplace FB empat biji rim standard Toyota Yaris/Vios 2007-2008 ditawarkan dengan harga RM350 beserta tayar jenama Michelin. Rim didapati dalam keadaan amat baik dengan bunga tayar anggaran 80% menjadi pendorong untuk memiliki rim/tayar ini. Pembelian dibuat di rumah penjual di kawasan Desa Permai, Sikamat, Seremban.


Myvi selepas plus sizing. Penukaran rim/tayar dilakukan sendiri dihadapan rumah penjual dengan dibantu oleh adik penjual. Memang nampak perubahanya. Sekali tengok macam Toyota Yaris model terdahulu.  


Toyota Yaris 2007/2008 menggunakan rim seperti ini sebagai accessories standard.
 
Toyota Vios 2008 juga menggunakan rim jenis ini sebagai accessories standard.


Jenama Michelin. Usia tayar minggu 14 tahun 2018 (1418)

Model Energy XM2

Saiz 185/60/15

Selepas pemanduan melalui jalan lama Seremban - Kajang dan Lekas Highway memang terasa perbezaanya. Terasa lebih mantap dan nyaman berbanding rim lama. Memang berbaloi dengan bermodalkan RM250 (RM350 - RM100).   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan