some one like you

Sabtu, 30 Oktober 2021

28.10.2021 Kepak

 28.10.2021 Suatu pagi dengan berbasikal melalui Jalan 8/20, Bandar Baru Bangi. Terserempak dengan kereta Proton Gen 2 yang diletak ditepi jalan berkenaan. Keempat2 roda Gen 2 ini telah dikepak. Saya berhenti untuk melihat sesuatu yang menarik untuk diketahui lalu dirakam dalam bentuk gambar. Ini yang dikata demi minat sehingga basikal roda tiga sikecil turut dikepak. Adakah ia berfungsi untuk dikayuh oleh sikecil? Berfungsi atau tidak, tidak perlu untuk dijawab, yang penting kalau dah minat bermacam2 perkara pelik (tapi menarik) boleh berlaku.



  

Rabu, 6 Oktober 2021

Kisah peti kayu


Seperti inilah bentuk peti kayu bapak. Cuma warnanya adalah coklat pekat dan nampak begitu kukuh dan berat siap dengan hanger dikedua2 hujungnya untuk kemudahan mengangkat. Ikutilah kisah peti kayu ini. 

Arwah bapak memiliki sebuah peti yang diperbuat daripada kayu. Ukuran peti tersebut ialah dua kaki panjang satu setengah kaki lebar dan satu setengah kaki tinggi. Peti tersebut digunakan untuk menyimpan peralatan bertukang bapak seperti ketam kayu, pahat, tukul, gergaji dan bermacam2 lagi alat bertukang yang memang lengkap untuk kerja2 bertukang. Peti kayu tersebut digunakan sebagai bangku untuk menonton tv bila bapak membeli sebuah  peti tv ditahun2 70an. Peti tersebut sentiasa berkunci dan kuncinya disimpan oleh bapak. Bila bapak membuka peti tersebut ia akan mengeluarkan sejenis bau. Agak menarik bau yang dihasilkan sehinggakan saya kadang2 membuka sedikit penutup peti tersebut (terdapat ruang untuk mengangkat walau berkunci) untuk mendapatkan baunya. Apabila bapak meninggal dunia, peti tersebut terpaksa "dikorbankan" demi menuntut kehendak suatu pihak (?). Sebelum "dikorbankan" saya sempat mencuriambil beberapa peralatan dari peti tersebut untuk kegunaan sendiri. Antara peralatan tersebut ialah:- 

 
Sesiku. Jenama Kaufmann. Made in Germany.

Saw Setting Pliers/Pelaras mata gergaji. Jenama Somax No. 250. Buatan Japan.


Pemotong zing.

Enam set sepana.

Dua set pahat kayu.

Plier pencabut paku.

Dua set kelikir.

Jatuh basikal terlanggar kucing


Pada 4.10.2021 kira2 jam 5.30 petang semasa sedang menuruni satu bukit yang agak curam di Jalan Masjid, Sungai Ramal Dalam, Kajang secara tiba2 muncul dua ekor kucing sedang berkejaran berlari seiring disebelah kiri saya dengan kelajuan yang sama dengan kelajuan basikal saya (kelajuan lebih kurang 35km/jam). Saya yang mungkin sengaja menempah bala telah menyergah kedua2 ekor kucing berkenaan apabila sampai dikaki bukit. Tiba2 kucing yang berada dihadapan telah melintas dan saya memang tidak dapat mengelak kerana ia melintas dengan begitu pantas dihapan tayar hadapan basikal saya. Akibat perlanggaran itu saya telah terjatuh dan mengalami beberapa kecederaan dibeberapa anggota badan. Saya tidak tahu apa terjadi dengan kucing yang saya langgar kerana saya fokus kepada diri saya yang mengalami kecederaan. Semasa kejadian ada tiga orang perempuan yang saya betul2 jatuh dihadapan mereka. Tiada siapa yang membantu. Nasib baik masih mampu bangun sendiri dengan bahagian pipi kiri berlumuran darah. Alhamdulillah saya tidak mengalami kecederaan yang teruk walaupun tidak memakai helmet. Begitu juga dengan basikal saya yang masih boleh ditunggang untuk balik kerumah. Nasib baik ada memakai face mask untuk menutup bahagian pipi yang cedera agar tidak diketahui umum. Moral kepada peristiwa ini jangan sesekali menunggang secara laju apabila menuruni bukit kerana apa2 boleh melintas dihadapan kita pada masa tersebut terutama jika melalui jalan kampung. Kayuhan santai adalah yang terbaik walau perlahan tetapi risiko untuk mengalami kecederaan adalah rendah apabila terjatuh. Kayuh cermat jiwa selamat!
 

Bahagian yang agak teruk

Lokasi kejadian



Basikal yang terlibat

SEMINGGU BERLALU
Pada 11.10.2021 saya melihat semula tempat kejadian