Pada 4.10.2021 kira2 jam 5.30 petang semasa sedang menuruni satu bukit yang
agak curam di Jalan Masjid, Sungai Ramal Dalam, Kajang secara tiba2 muncul dua
ekor kucing sedang berkejaran berlari seiring disebelah kiri saya dengan
kelajuan yang sama dengan kelajuan basikal saya (kelajuan lebih kurang
35km/jam). Saya yang mungkin sengaja menempah bala telah menyergah kedua2 ekor
kucing berkenaan apabila sampai dikaki bukit. Tiba2 kucing yang berada dihadapan
telah melintas dan saya memang tidak dapat mengelak kerana ia melintas dengan
begitu pantas dihapan tayar hadapan basikal saya. Akibat perlanggaran itu saya
telah terjatuh dan mengalami beberapa kecederaan dibeberapa anggota badan. Saya tidak tahu apa terjadi dengan kucing yang saya langgar kerana saya fokus kepada diri saya yang mengalami kecederaan. Semasa kejadian ada tiga orang perempuan yang saya betul2 jatuh dihadapan mereka. Tiada siapa yang membantu. Nasib baik masih mampu bangun sendiri dengan bahagian pipi kiri berlumuran darah. Alhamdulillah saya tidak mengalami kecederaan yang teruk walaupun tidak memakai helmet. Begitu juga dengan basikal saya yang masih boleh ditunggang untuk balik kerumah. Nasib baik ada memakai face mask untuk menutup bahagian pipi yang cedera agar tidak diketahui umum. Moral kepada peristiwa ini jangan sesekali menunggang secara laju apabila menuruni bukit kerana apa2 boleh melintas dihadapan kita pada masa tersebut terutama jika melalui jalan kampung. Kayuhan santai adalah yang terbaik walau perlahan tetapi risiko untuk mengalami kecederaan adalah rendah apabila terjatuh. Kayuh cermat jiwa selamat!
Lokasi kejadian
Basikal yang terlibat
SEMINGGU BERLALU
Pada 11.10.2021 saya melihat semula tempat kejadian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan