some one like you

Isnin, 18 April 2022

Belajar komputer

Tahun 1994 adalah tahun peralihan penggunaan mesin taip kepada penggunaan komputer terutama di pejabat2 kerajaan. Aplikasi yang terkenal diera tersebut ialah Word Perfect 5.1. 

Menyedari keperluan kemahiran menggunakan aplikasi tersebut, saya telah mengambil inisiatif (dengan perbelanjaan sendiri) menghadirkan diri sebagai pelajar Word Perfect 5.1 di Data Computer dialamat No. 14A, Jalan Tun Abdul Aziz, 43000 Kajang, Selangor. Kelas dihadiri pada sebelah petang hari bekerja bermula 5.30 petang hingga 7.00 malam selama sebulan. Berkat usaha akhirnya berjaya menguasai Word Perfect 5.1 walau menaip keyboard seperti ayam mematuk biji jagung.

Gambar diambil pada 16 April 2022 namun selepas itu pusat latihan komputer ini telah tidak kelihatan lagi disini.

Kebetulan memang ada membuat sedikit simpanan melalui Sijil Simpanan Premium dan memang dah rezeki, pada tahun 1999 telah memenangi satu hadiah berupa satu set desktop komputer jenama Acer Aspire model G600 termasuk pencetak dan speakers dengan aplikasi Windows XP Home. Nilai hadiah tersebut lebih kurang RM6000. Alhamdulillah. Model set komputer tersebut adalah seperti dibawah ini.







Sijil yang masih tersimpan rapi


Kisah Myvi merah


Dua buah kereta Perodua Myvi yang bewarna merah ini nampak seperti Myvi2 biasa yang banyak berada dijalanraya. Namun disebaliknya ada kisah yang mengambarkan bahawa urusan jual beli kedua2 Myvi ini tersembunyi kisah putar belit jurujual yang sinonim dengan cerita2 penuh penipuan. Benarlah bak kata "kalau dah nama jurujual kita2 pun turut dijualnya".