Tahun 1994 adalah tahun peralihan penggunaan mesin taip kepada penggunaan komputer terutama di pejabat2 kerajaan. Aplikasi yang terkenal diera tersebut ialah Word Perfect 5.1.
Menyedari keperluan kemahiran menggunakan aplikasi tersebut, saya telah mengambil inisiatif (dengan perbelanjaan sendiri) menghadirkan diri sebagai pelajar Word Perfect 5.1 di Data Computer dialamat No. 14A, Jalan Tun Abdul Aziz, 43000 Kajang, Selangor. Kelas dihadiri pada sebelah petang hari bekerja bermula 5.30 petang hingga 7.00 malam selama sebulan. Berkat usaha akhirnya berjaya menguasai Word Perfect 5.1 walau menaip keyboard seperti ayam mematuk biji jagung.
Gambar diambil pada 16 April 2022 namun selepas itu pusat latihan komputer ini telah tidak kelihatan lagi disini.Kebetulan memang ada membuat sedikit simpanan melalui Sijil Simpanan Premium dan memang dah rezeki, pada tahun 1999 telah memenangi satu hadiah berupa satu set desktop komputer jenama Acer Aspire model G600 termasuk pencetak dan speakers dengan aplikasi Windows XP Home. Nilai hadiah tersebut lebih kurang RM6000. Alhamdulillah. Model set komputer tersebut adalah seperti dibawah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan