some one like you

Rabu, 26 April 2023

Pancur air hujan, tempayan dan kuwi

 


Teringat zaman kanak2 hingusan bila hujan turun tempat yang menjadi tumpuan kami adik beradik berpesta air ialah dibawah pancuran air hujan ini. Hamparan simen akan menjadi licin bila ia berair. Bermula dari tangga kayu akan meluncur hingga kelongkang. 

Tempayan masih kekal ditempatnya walau masa sudah berlalu lebih dari 60 tahun. Yang berbeza cuma ia ditungkupkan kerana tidak digunakan lagi. Air dari tempayan itulah digunakan untuk membasuh kaki, untuk cebok dan kadang2 untuk membasuh kain dan bermandi manda.

BIAR GAMBAR BERCERITA
Kisah pancur air hujan (dulu2 punya water park untuk bermandi-manda dan bermain gelongsor air) dan tempayan (untuk cuci kaki dan cebok(?) tetap menjadi kenangan namun kisah kuwi untuk menyimpan padi dilupa jangan. Masing2 punya peranan diusia rumah hampir 80 tahun. Dihujung2 usia begini menumpang berteduh dirumah pusaka, memiliki sebiji kereta kecil untuk kemudahan bergerak dan berlindung dari hujan dan panas disamping sebiji motor usang untuk menjenguk kebun adalah nikmat2 hidup yang lebih dari keperluan seorang warga emas yang tinggal dihujung kampung yang penuh dengan kenangan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan