some one like you

Khamis, 26 Disember 2013

Buskers depan SOGO




25 Disember 2013 sempena Hari Krismas saja menempah kesesakkan manusia dan kenderaan di KL demi tujuan yang satu mencari lens hood Olympus EPL5 ku.
Dari jam 8 malam hingga 12 malam setiap isnin hingga sabtu ditapak inilah Mus Genji Buskers membuat persembahan.  

EXTENDABLE WHEEL WRENCH (SPANAR PEMBUKA TAYAR BOLEH LARAS)




Memang menjadi tren kedai tayar menggunakan mesin pembuka skru tayar seperti ini untuk membuka dan mengetatkan skru tayar kerana lebih pantas dan mudah. Kesannya skru tayar akan sukar untuk dibuka bila tayar kereta kita pancit di tengah jalan.


Walau kita bertenggek di atas spanar silap haribulan skru tayar masih gagal dibuka.



Dan dengan menggunakan tangan dibantu dengan kaki pun kadangkala masih gagal.



Namun dengan bermodalkan RM39.90 kerja menukar tayar kereta menjadi lebih mudah.


Perlu juga diperhati semasa membeli alat ini pastikan ball bearing yang berfungsi sebagai stopper dihujung spanar berfungsi dengan baik dengan menekan2 ball bearing berkenaan.





Memang berbaloi sekadar bermodalkan RM39.90 kita tidak perlu curiga bila berlaku kebocoran tayar disamping boleh membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membuka skru tayar sepertimana yang pernah kita lihat sebelum ini.

Rabu, 25 Disember 2013

Teknologi Olympus PEN Lite E-PL5

Hanya sekali tekan shutter button terhasil 8 keping gambar 
dengan art effects yang berbeza dalam masa 3 saat.









dan yang magicnya kereta pun boleh berubah..

cam tak caya..

Selasa, 24 Disember 2013

24.12.2013 Oh kisahnya


Berhampiran Masjid Semerbok






Volkswagen 1.4 TSI


Hari ini 24 Disember 2013 menghabiskan masa cuti rihat mengekori seorang sahabat menguruskan pembelian sebuah kereta terpakai di Yap Use Car, Sentul. Ntah dimana yang menyebabkan jurujual nampak saya seolah berwang memberi peluang kepada saya menguji pandu sebuah Volkswagen 1.4 TSI model 2011 mileage 35,000++km bekas milik seorang nyonya yang diperanakkan pada tahun 1962 sepertimana tertara dalam kad pendaftaran kereta berkenaan. Memang peluang yang ditunggu sekian lama dan didorong oleh cerita kawan-kawan tentang prestasi  kereta jenama Volkswagen, peluang diambil dengan menyusuri lebuhraya Sentul - Gombak hingga meter menjejaki 160km/j walau pedal minyak baru dianjak sedikit sahaja...dan terbukti sudah kebenaran cerita kawan-kawan tentang Volkswagen..harga yang ditawarkan 109k..nak dikata berbaloi memang berbaloi tapi sayangnya sifat berfikir panjang saya masih tidak mahu menjadi pendek..


Berhenti rehat di Petronas Solaris Putra/Solaris Serdang


yang kebetulan sedang mengadakan satu program bersama KPDNKK

Sabtu, 21 Disember 2013

21.12.2013 Tandas awam, basikal tua dan civic



21 Disember 2013 kisah Bandar Kajang tiada tandas awam. Baru terjumpa ia baru hendak dibangunkan. Sebenar tandas awam memang ada tetapi terbiar tanpa diselenggara. 

 
Kisahnya tandas awam yang baru hendak dibangunkan ini amat berkualiti buatannya. Tahniah.

Siapa agaknya tukang dia..

Basikal tua Lerun Iron yang punya kisah tersendiri. 

Masih terserlah powernya walau tidak bergerak..


Ahad, 15 Disember 2013

Pindah, Kota Puteri dan cendol Bakar


Tanggal 15 Disember 2013 (Ahad) seawal 9.00 pagi telah bersiap untuk mengalas perut bagi kerja membantu seorang sahabat berpindah rumah. "Berpindah" satu perkataan walau baru didengar sudah terasa penatnya.



Sampai di tempat khidmat yang hendak dihulur.



Ibarat pergi memancing kena bawa pancing dan umpan. Bukan sekadar membawa perut dan mulut.


"Kotak" bahasa yang biasa dikaitkan dengan berpindah.  


Siap untuk bergerak.



Kota Puteri, Ijok tempat dituju.




Sebuah bandar baru di pinggir Kuala Lumpur.



Sebuah kediaman yang bercirikan rekabentuk moden. Rumah idaman.   

.

Cendol Bakar. (Kenapa lari dari tajuk?). Pertama kali mendengar cendol bakar memang tidak pernah terfikir bakar itu adalah orang. hahaha.. 


dan lempeng pisang panas.


Memang sedap cuma inti kelapanya yang menjadi pengganggu selera.


Beratur untuk membeli cendol dan menunggu tempat duduk dikosongkan menjadi penguji kesabaran namun keenakkan cendul Bakar menjadi pengubat segalanya..



Samsung Galaxy Note 3 VS cendol Bakar VS lempeng pisang panas.


Bisa datang lagi?

Dalam seronok menikmati cendol Bakar dikhabarkan pendaki yang berjaya sampai ke kemuncak Kinabalu dianugerahkan "medal".