some one like you

Khamis, 26 Disember 2013

EXTENDABLE WHEEL WRENCH (SPANAR PEMBUKA TAYAR BOLEH LARAS)




Memang menjadi tren kedai tayar menggunakan mesin pembuka skru tayar seperti ini untuk membuka dan mengetatkan skru tayar kerana lebih pantas dan mudah. Kesannya skru tayar akan sukar untuk dibuka bila tayar kereta kita pancit di tengah jalan.


Walau kita bertenggek di atas spanar silap haribulan skru tayar masih gagal dibuka.



Dan dengan menggunakan tangan dibantu dengan kaki pun kadangkala masih gagal.



Namun dengan bermodalkan RM39.90 kerja menukar tayar kereta menjadi lebih mudah.


Perlu juga diperhati semasa membeli alat ini pastikan ball bearing yang berfungsi sebagai stopper dihujung spanar berfungsi dengan baik dengan menekan2 ball bearing berkenaan.





Memang berbaloi sekadar bermodalkan RM39.90 kita tidak perlu curiga bila berlaku kebocoran tayar disamping boleh membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membuka skru tayar sepertimana yang pernah kita lihat sebelum ini.

2 ulasan:

  1. saya ada membeli sesuatu yang seperti ini, patah bila saya berdiri di atasnya. bukan salah wrench tetapi nat terlalu ketat. pomen datang dengan cross wrench dan paip lebih kurang satu meter. saya rasa perlu beli juga paip satu meter untuk tambahkan kuasa.

    BalasPadam