Hari ini 24 Disember 2013 menghabiskan masa cuti rihat mengekori seorang sahabat menguruskan pembelian sebuah kereta terpakai di Yap Use Car, Sentul. Ntah dimana yang menyebabkan jurujual nampak saya seolah berwang memberi peluang kepada saya menguji pandu sebuah Volkswagen 1.4 TSI model 2011 mileage 35,000++km bekas milik seorang nyonya yang diperanakkan pada tahun 1962 sepertimana tertara dalam kad pendaftaran kereta berkenaan. Memang peluang yang ditunggu sekian lama dan didorong oleh cerita kawan-kawan tentang prestasi kereta jenama Volkswagen, peluang diambil dengan menyusuri lebuhraya Sentul - Gombak hingga meter menjejaki 160km/j walau pedal minyak baru dianjak sedikit sahaja...dan terbukti sudah kebenaran cerita kawan-kawan tentang Volkswagen..harga yang ditawarkan 109k..nak dikata berbaloi memang berbaloi tapi sayangnya sifat berfikir panjang saya masih tidak mahu menjadi pendek..
Berhenti rehat di Petronas Solaris Putra/Solaris Serdang
yang kebetulan sedang mengadakan satu program bersama KPDNKK
Berhenti rehat di Petronas Solaris Putra/Solaris Serdang
yang kebetulan sedang mengadakan satu program bersama KPDNKK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan