some one like you
Khamis, 9 Ogos 2018
9.8.2018 Flashback - Berani, kental dan rezeki Allah
1992 Berhijrah dari Shah Alam ke Kajang. Berpegang kepada prinsip tidak gemar menyewa rumah, pada 10 Ogos 1992 berasaskan kemampuan yang ada memberanikan diri membeli sebuah rumah kos rendah dua tingkat keluasan 14 kaki X 50 kaki dengan harga RM33,400 dari seorang yang dikenali sebagai Jamaludin bin Harun melalui pinjaman perumahan dari Malayan Banking Berhad (MBB) sebanyak RM20,000 dengan bayaran bulanan RM207.00 sebulan selama 15 tahun.
Disuatu masa tahun 2008 surau Taman Kajang Mewah yang memang menjadi tempat menunaikan solat jumaat ternampak iklan rumah untuk dijual di Taman Kajang Mewah. Iklan tersebut digantung besar di grill sliding door rumah berkenaan.
Sepanjang tempoh setiap kali menunaikan solat jumaat akan ternampak iklan berkenaan dan otak akan berfikir samada sesuai atau mampu atau berani untuk memiliki rumah berkenaan.
Tahun berganti pada 11 Februari 2009 menjual rumah kepada Hasan bin Shamsudin dengan harga RM96,000.
Pada 7 April 2009 membeli rumah dari Lee Kim Fui dengan harga RM205,000 keluasan 130.33 meter persegi (20 kaki X 70 Kaki)
Moralnya jika tiada keberanian dan semangat kental dengan disokong oleh rezeki yang datang dari Allah maka tidak akan dapat memiliki semua ini. Syukur Alhamdulillah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan