Harga yang asli RM500. Tiruan RM150. Peniaga tulis harga yang tiruan RM300 bagi menunjukkan ia adalah asli sedangkan boleh diperolehi dengan harga RM150 sahaja.
Yang asli Made in Thailand. Yang tiruan Made in Japan. Yang asli hanya boleh diperolehi dikedai2 alat ganti tertentu. Yang tiruan boleh diperolehi dihampir semua kedai alat ganti.
Cara buka kotak yang asli ditengah2 sedangkan yang tiruan disebelah tepi.
Cover plet aluminium yang asli lebih kecil dari yang tiruan. Dikiri kanan yang asli ada lubang sedangkan yang tiruan tiada lubang.
Tulisan yang asli lebih kemas. Tulisan yang tiruan kasar dan tertulis Nissin.
Alor tengah yang asli lebih kecil dari yang tiruan. Hujung kiri kanan yang asli dinipiskan.
Tulisan pada paket grease yang asli lebih kemas berbanding yang tiruan. Penukaran brake pad di service centre (SC) akan menggunakan grease yang dibekalkan sedangkan ditempat lain grease tersebut tidak digunakan langsung.
Penukaran brake pad di service centre (SC) akan ditukar juga pin clip yang baru sedangkan ditempat lain masih mengguna pin clip yang lama.
Kehausan bagi brake pad tiruan tidak sama rata. Ada yang sebelah saja yang haus dahulu dan ini menjadi penyebab disk brake bengkuk.
MORAL
Tidak mengapa kita membayar lebih di SC kerana kita mendapat faedah dari apa yang kita bayar. Dengan kos RM500 bagi penggunaan brake pad asli kereta saya mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 100,000km sedangkan yang tiruan sekitar 30,000km ke 40,000km sahaja.
Kalau kat k.l kat kedai mana ada jual yang ori ye bang
BalasPadamTuan, kat kedai spare part mana yg ada jual ori?
BalasPadamEncik.Dekat kedai spare part yang ada alat ganti original Break pad . Honda jazz.
BalasPadamDekat Klang ada ke alat ganti Honda jazz original
BalasPadamBagi lokasi kedai jual alat ganti kereta Honda jazz
BalasPadam