some one like you

Rabu, 2 Januari 2019

2.1.2019 Max Audio Online Sdn. Bhd. Taman Maluri PENIPU

26 November 2018 melalui iklan didalam Mudah.Com membeli player dengan harga RM1980. Memandangkan tiada stok pekerja telah rekomen player lain yang tiada DVD player dengan harga yang sama. Setelah persetujuan dibuat beserta bayaran saya telah diarah untuk memasang player berkenaan di Pro Online Enterprise, Taman Industri Pandan Indah, Jalan Pandan Indah 24. Pekerja memberitahu stok player yang hendak dipasang telah ada dikedai Pro Online. Hampir setengah hari menunggu player puan siap dipasang. Ia mengambil masa lama kerana hanya seorang pekerja di kedai ini. Dalam tempuh menunggu datang beberapa pelanggan membuat aduan tentang mutu kerja di Pro Online. Dari sini dapat disimpulkan Pro Online memang terbukti melakukan kerja yang tidak mengikut spesifikasi pelanggan mereka (Sesuai dikata "janji buat" tanpa mementingkan kualiti kerja). Beberapa hari kemudian bercerita dengan seorang kawan tentang player yang saya pasang dikereta saya dan apa yang amat memeranjatkan saya ialah kawan saya memberitahu player saya berharga RM850 sahaja dan bukan RM1980. Untuk memuaskan hati saya telah berkunjung kesebuah kedai accessories kereta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dan memang terbukti kedai ini menjual player seperti saya dengan harga RM850 sahaja. Patutlah player yang saya beli tiada Manual User sepertimana player2 yang berharga atas RM1000. Cara pemasangan hazard juga tidak kemas dan boleh tercabut keluar. Memandangkan saya telah tertipu lalu menghubungi Max Audio dan jawapan yang diberi mengatakan player saya memang berharga RM1980. Saya terus mendesak dan menunjukkan bukti yang akhirnya Max Audio telah MENGAKU melakukan penipuan dan berjanji untuk menukar kepada player yang sememangnya berharga RM1980. Bayangkan jika saya tidak mendapat info tentang player tersebut sampai kesudah saya telah ditipu bulat2 oleh kedai yang tidak bertanggungjawab ini. Pohon sebarkan demi kebaikan bersama.





Inilah ciri2 player yang dikatakan berharga RM1980.



Suis hazard yang mudah tercabut.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan