some one like you

Selasa, 29 Oktober 2019

29.10.2019 Penjual yang memiliki sifat profesional


Gambaran seorang penjual yang profesional ialah beretika, memahami perasaan pembeli, mementingkan kepuasan pembeli, tidak mementingkan diri dan keuntungan serta sentiasa menepati janji


Berminat untuk membeli bumper dan penutup bonet depan melalui iklan didalam Marketplace Facebook


Barang pun diperlihatkan dan setelah berpuashati pembelian pun dibuat  


Barang pun dipasang


Sayangnya foglight tidak menyala


Berpunca dari soket yang berbeza (Kanan adalah soket Myvi 2006) 


Jenama Osram bagi Myvi 2006

Penjual diberitahu foglight tidak menyala kerana soket yang berbeza lalu bersedia dikembalikan barang dan wang dipulangkan.
Semuga penjual sentiasa diberkati kerana sifat profesionalnya 

Sabtu, 26 Oktober 2019

Kampung Solok, Astana Raja, Kota, Negeri Sembilan

Tahun2 1960an air naik memenuhi jalan ke Kampung Bukit adalah perkara biasa bila hujan turun dengan lebat. Dulu2 jalan tidak bertar cuma sekadar boleh dilalui oleh kereta Arwah Acik Achin (Yassin). Teringat kisah2 menangkap belalang (untuk digoreng???) bila musim2 sebegini. Memang meriah. Dulu2 hanya ada rumah Arwah Ngah Akam (Kamsiah) dihujung gambar ini. Sekarang telah bertambah sebuah rumah lagi. Rumah tersebut di miliki oleh anak Arwah Ngah Akam bernama Azizah. Ada dua canopy seolah akan/telah mengadakan kenduri kesyukuran masuk rumah baru?  


Jumaat, 25 Oktober 2019

25.10.2019 Walking


22.10.2019 Laman Komuniti Seksyen 7 Bandar Baru Bangi














23.11.2019 Hill Park Seremban 2


24.11.2019 Hill Park Seremban 2


24.10.2019 S2 City Park


S2 City Park




26.10.2019 Taman Tasik Cempaka










Isnin, 21 Oktober 2019

21.10.2019 Gitar




21.10.2019 Pemasangan Passo anti roll bar keatas Myvi EZi 2006


Dengan bermodalkan RM150 akhirnya Passo anti roll bar berjaya di pasang keatas Myvi EZi 2006. Proses pemasangan amat mudah sekadar PNP kerana lubang2 bagi pemasangan skru telah tersedia ada. Perlu diingat sebelum pemasangan pastikan kedua2 tayar belakang mestilah tergantung. Jangan mudah percaya cakap2 penjual yang mengatakan cara pemasangan anti roll bar berkenaan amat mudah sekadar masuk bawah kereta dan pasang tanpa perlu jack kereta. Upah pemasangan adalah antara RM20 ke RM40. Jika kedai tayar CINA pasti kita dikenakan lebih dari RM40 tetapi lebih jimat DIY dengan syarat kita mesti ada dua unit jack. Selepas pemasangan memang terasa perbezaan dari segi imbangan kereta terutama semasa mengambil selekoh. Memang berbaloi beb!!!

Bentuk anti roll bar Passo

Dibeli dari mudah.com

Selepas pemasangan

Kiri roda belakang

Kanan roda belakang


Sabtu, 19 Oktober 2019

20.10.2019 Myvi EZi 2006 dimasuki air melalui skru spoiler

Usaha mencari punca bonet belakang Myvi EZi 2006 dimasuki air akhirnya berjaya dikesan walau  pada awalnya menjangka seperti kereta2 lain air masuk melalui skru lampu belakang. Sebelum ini bila hujan atau selepas membasuh kereta Myvi ini kawasan tayar spare akan ada takungan air namun tidaklah terlalu banyak hingga boleh membela ikan.

Punca air masuk adalah melalui dua skru spoiler kereta ini.

Spoiler Myvi

Spolier Myvi

Spoiler Myvi

Spoiler Myvi

Buka penutup getah bewarna hitam tersebut akan nampak skru spoiler (kiri)

Buka penutup getah bewarna hitam tersebut akan nampak skru spoiler (kanan)

Sebagai langkah berhati2, sila lekatkan besi magnet pada pemutar skru bagi mengelakkan skru terjatuh kedalam penutup bonet

Lagi banyak besi magnet lagi bagus

Setelah skru spoiler dibuka, pasang semula skru dengan menambah pelapik skru metal awning

Skru metal awning ini memang tersedia getah pada pelapiknya