some one like you

Isnin, 21 Oktober 2019

21.10.2019 Pemasangan Passo anti roll bar keatas Myvi EZi 2006


Dengan bermodalkan RM150 akhirnya Passo anti roll bar berjaya di pasang keatas Myvi EZi 2006. Proses pemasangan amat mudah sekadar PNP kerana lubang2 bagi pemasangan skru telah tersedia ada. Perlu diingat sebelum pemasangan pastikan kedua2 tayar belakang mestilah tergantung. Jangan mudah percaya cakap2 penjual yang mengatakan cara pemasangan anti roll bar berkenaan amat mudah sekadar masuk bawah kereta dan pasang tanpa perlu jack kereta. Upah pemasangan adalah antara RM20 ke RM40. Jika kedai tayar CINA pasti kita dikenakan lebih dari RM40 tetapi lebih jimat DIY dengan syarat kita mesti ada dua unit jack. Selepas pemasangan memang terasa perbezaan dari segi imbangan kereta terutama semasa mengambil selekoh. Memang berbaloi beb!!!

Bentuk anti roll bar Passo

Dibeli dari mudah.com

Selepas pemasangan

Kiri roda belakang

Kanan roda belakang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan