some one like you

Sabtu, 19 Oktober 2019

20.10.2019 Myvi EZi 2006 dimasuki air melalui skru spoiler

Usaha mencari punca bonet belakang Myvi EZi 2006 dimasuki air akhirnya berjaya dikesan walau  pada awalnya menjangka seperti kereta2 lain air masuk melalui skru lampu belakang. Sebelum ini bila hujan atau selepas membasuh kereta Myvi ini kawasan tayar spare akan ada takungan air namun tidaklah terlalu banyak hingga boleh membela ikan.

Punca air masuk adalah melalui dua skru spoiler kereta ini.

Spoiler Myvi

Spolier Myvi

Spoiler Myvi

Spoiler Myvi

Buka penutup getah bewarna hitam tersebut akan nampak skru spoiler (kiri)

Buka penutup getah bewarna hitam tersebut akan nampak skru spoiler (kanan)

Sebagai langkah berhati2, sila lekatkan besi magnet pada pemutar skru bagi mengelakkan skru terjatuh kedalam penutup bonet

Lagi banyak besi magnet lagi bagus

Setelah skru spoiler dibuka, pasang semula skru dengan menambah pelapik skru metal awning

Skru metal awning ini memang tersedia getah pada pelapiknya



3 ulasan:

  1. Tuan, maaf bertanya, sye pun ada mengalami isu yg sama, air bertakung di bahagian spare tire. Tp klu ikutkn cara tuan, ape kena mengena skru spoiler dgn air masuk bahagian spare tire? klu air masuk ikut skru spoiler dier akan duk dlm pintu bonet kn? mana mungkin masuk bahagian spare tire. sbb spoiler berada pd bahagian pintu bonet. bahagian spare tire pulak dibagian body. Boleh tuan jelas kn lebih details. Sye kurang arif tentang perkara ini. sye pun duk pening cari punca masuk air.sye suspect rubber seal keliling bonet kot...

    BalasPadam
  2. same la kete aku myvi 2006. hujan lebat ad air kt spare tyre

    BalasPadam