Adakah anda pernah terfikir bila anda berurusan dengan klinik gigi terutama bagi membuat atau menempah gigi palsu, dimanakah gigi yang anda tempah itu dibuat? Berapa harga yang ditawarkan?Berapa lamakah tempahan tersebut akan siap? Adakah gigi yang anda tempah diklinik gigi tersebut menepati keselesaan yang anda mahukan?
Bagi anda yang tinggal dan berurusan dengan klinik gigi disekitar Seremban, gigi palsu anda sebenarnya dibuat dikedai gigi palsu ini. Kedai tersebut ialah Chan Whey Hong Dental Servises dialamat No. 26, Jalan Dato' Bandar Tunggal (Jalan Birch), 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Jika anda mencari alamat tersebut anda kena pergi kebahagian lorong belakang kedai kerana bahagian hadapan kedai adalah perniagaan lain.
Perniagaan kedai ini telah bermula sejak tahun 60an lagi. Taukeh kedai ini saya jangka memang seorang yang dikenali ramai disekitar Seremban berpandukan didalam kedai ini terdapat banyak gambar, anugerah dan sijil yang diterimanya. Dari pandangan fizikal umur taukeh kedai ini telah menjangkau hampir 80an atau 90an. Memandangkan beliau telah berumur, perniagaan gigi palsu ini diteruskan oleh anak lelaki beliau.
Memasuki kedai anda akan terlihat berpuluh2 gigi tersenyum menampakan gusi masing2 menyambut kedatangan anda. Dengan jumlah gigi yang banyak tersebut memang membuktikan kedai ini mengambil tempahan dari klinik2 gigi disekitar Seremban atau mungkin termasuk dari daerah/negeri lain.
Maka kenyataan ini telah menjawab bahawa gigi palsu yang anda tempah memang dibuat dikedai ini. Sudah menjadi adat perniagaan mana2 urusan yang melibatkan pihak ketiga akan menjadikan harga sesuatu perkhidmatan itu akan menjadi lebih mahal. Masa yang diambil pun akan menjadi lebih panjang dan silap2 kena berurusan dua tiga kali bagi mencapai keselesaan anda.
Sebagai pengguna yang bijak saya mencadangkan jika anda ingin berurusan berkaitan dengan gigi palsu, berkunjunglah kekedai ini. Anda akan dapat menikmati penjimatan harga yang jauh lebih murah, lebih cepat dan yang penting mendapat gigi palsu yang lebih selesa bila dipakai.
Satu ingatan, bila terlihat kedai ini jangan menilai sebuah buku dari kulitnya. Anak taukeh kedai ini memang seorang yang profesional. Beliau akan melayan anda dengan begitu ramah, sopan dan tertib sekali.
apa alamat kedai tu?
BalasPadamBoleh bagi nombor telephone
PadamBlh dpt no phone?
BalasPadamAlamat ada dlm blog
BalasPadamMasih ada lagi ke kedai ni..
BalasPadamMasih ada lagi ke kedai nie
BalasPadam