some one like you

Rabu, 30 Jun 2021

Penipuan harga oleh CS Grocer Sdn. Bhd.

Pada 28 Jun 2021 berkunjung kesebuah pasaraya bernama CS Grocer Sdn. Bhd yang terletak di Taman Kajang Mewah, Kajang. 

Membuat pembelian buah mangga jenis Kim Long. Berpandukan dari tanda harga yang dipamirkan ialah  RM5.99 sekilogram.


Lalu mangga ditimbang dikaunter khas untuk menimbang buah2an. 

Setelah ditimbang, berpandukan pada label harga mangga berkenaan ialah RM7.99 sekilogram sedangkan pada tanda harga ialah RM5.99 sekilogram. Nasib baik saya menyedari perkara ini lalu membuat aduan dikaunter timbang tadi. Petugas kaunter dengan muka selamba (rasa tidak bersalah) menukar semula harga kepada RM5.99 sekilogram. Saya melahirkan rasa tidak puashati lalu petugas kaunter memanggil seorang petugas lain untuk memperbetulkan harga pada penimbang yang digunakan.    

 
Bayangkan jika saya tidak menyedari kesilapan itu pasti saya akan membayar harga RM7.99 sekilogram.

Inilah yang berlaku keatas kebanyakkan pasaraya yang langsung tidak mengambil berat dan belajar dari kesilapan yang telah berlaku dan ianya akan terus berulang kerana kebanyakkan pembeli akan berdiam diri setelah harga yang tersilap dibetulkan.

Apa yang terbaik ialah ambil gambar bukti2 yang ada dan jangan dipulangkan barang yang tersilap harga tersebut kerana itulah barang bukti yang penting. Seterusnya membuat aduan di Pejabat KPDNKK yang berhampiran.

Tetapi mahukah pembeli mengorbankan sedikit masa dan wang untuk semua itu? Jika peniaga didapati bersalah, peniaga akan membayar denda yang dikenakan sebaliknya pembeli tidak mendapat apa2 faedah. Tepuk dahi tanda hampa. Inilah punca kenapa pembeli tidak berminat untuk membuat aduan dan pasaraya bebas melakukan kesalahan.  





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan