some one like you

Khamis, 30 Disember 2021

Insan Istimewa

 Mak Enon

Rumah beliau terletak didepan tapak mesin padi Astana Raja. Mungkin ada kena mengena dengan Saudara Md Zain iaitu ahli sukan yang tidak asing lagi dikalangan penuntut SKAR dan Semenda diera tahun 70an. Peristiwa yang saya tidak boleh lupa bila Mak Enon menghampiri kami yang sedang bersenam di padang SKAR. Semasa itu saya masih disekolah rendah. Mungkin dalam darjah 2 atau 3. Sifat Mak Enon memang sentiasa senyum dan ketawa. Apabila mengingati Mak Enon saya pasti akan ingat kata2 ini yang sering keluar dari mulut beliau. Kata2 tersebut ialah "menantu montuo, pucuk nago molompek, so'omo minam, monuju papan, sembilang dalam buloh"

Lonchong

Rumah beliau terletak dihadapan sekolah SDAR/Semenda. Kebanyakkan orang memanggil dia Tok Lonchong. Identiti beliau ialah sentiasa menggunakan minyak rambut sehingga rambut beliau sentiasa nampak berminyak dan berkilat serta tidak pernah kusut. Seperti Mak Enon beliau akan sentiasa senyum dan mudah ketawa. Beliau amat suka mengusik/menyakat kanak2. Beliau juga seingat saya sentiasa mengenakan kain pelikat dan jarang berseluar.

Sagam

Rumah beliau terletak di Semerbok berhampiran dengan rumah Arwah Cikgu Sani. Beliau seorang yang rajin bekerja. Semasa saya kecil beliau selalu mengambil upah membelah kayu getah, disusun bertingkat untuk dijemur dan setelah kering disusun rapi didalam pasung kayu. Semua pemilik kedai getah/segerap di Astana Raja mengambil beliau untuk bekerja. Bermula dari pemilik yang saya lupa nama dia berasal dari Penajis. Kemudian pemilik bertukar kepada Mokhtar (Bapa Mohd Nor). Mokhtar mungkin bekerja bagi pihak Koperasi Astana Raja. Pemilik seterusnya bertukar kepada Abang Kachang dari Kampung Solok. Sagam biasanya akan berjalan kaki berulang alik dari Astana Raja kerumahnya di Semerbok. 

Sinjo

Berasal dari Penajis. Berbadan kecil. Bila ada orang kampung memerlukan pemanjat kelapa sudah pasti akan menggunakan khidmat Sinjo yang memang cekap memanjat kelapa.

Debush

Berasal dari Kampung Tiga Nenek. Saya biasa terserempak dia berjalan kaki dari rumahnya di Tiga Nenek ke Pekan Kota. Sambil berjalan mulut Debush akan mengeluarkan bunyi motor dan sebelah tangan beliau akan memerah seolah sedang memerah minyak motor. Debuah juga kaya dengan senyuman. 

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan