Suatu pagi 8.12.2021 saya terjumpa sebuah basikal jenis MTB jenama XDS dalam keadaan rebah dikawasan tanaman pokok dihadapan rumah saya. Saya syak basikal berkenaan telah dibawa lari/dicuri oleh sesorang.
Saya mengambil gambar basikal berkenaan dan mewarwarkan dalam Whatsapp Group taman dengan harapan ada yang datang menuntutnya. Saya takut basikal berkenaan akan diambil orang jika dibiarkan sebegitu lalu saya membawa masuk kedalam pagar dan menyandarkan digate rumah saya dan berharap jika tuannya nampak akan mengambil basikal berkenaan.
Kira2 jam satu tengahari semasa saya tersedar dari pembaringan saya terkejut kerana basikal berkenaan telah tiada. Saya tertanya2 jika tuannya yang mengambil basikal berkenaan kenapa dia tidak memberitahu saya dan cara dia mengambil seolah2 seperti pencuri kerana tidak terdengar langsung kunci gate dibuka. Apa yang menjadi harapan saya orang yang mengambil basikal berkenaan adalah tuannya dan bukan diambil oleh seorang seorang poencuri.
Pada pagi 10.12.2021 kira2 jam 8.30 pagi semasa saya dalam perjalanan balik dari berkayuh, dihadapan pintu masuk Seksyen 7, B. B. Bangi saya ternampak seorang perempuan usia dalam 30an sedang mengayuh basikal yang saya jumpa itu. Dalam hati terasa hendak mengejar perempuan berkenaan bagi menyiasat siapa dia sebenarnya tetapi niat itu saya batalkan sahaja. Mungkin lain kali kalau terjumpa mungkin sesuai untuk jalankan siasatan.
Apa2 pun sehingga kini saya masih tertanya2 siapa gerangan yang mengambil basikal yang saya syak dilarikan itu. Kenapa cara dia mengambil basikal itu dari dalam gate rumah saya tidak memberitahu saya. Jika tuannya, Alhamdulillah dia telah dapat semula basikalnya, tetapi jika sebaliknya....
Kisah MTB XDS tidak berakhir disitu. Pada 16.12.2021 kira2 jam 8 pagi apabila saya menyelak langsir tingkap dapur rumah saya terlihat basikal berkenaan siap ditupang sempurna diruang kawasan belakang (dapur) saya. Saya tertanya2 kenapa ia diletak disitu? Hendak dikata tempat selamat tidak juga kerana disitu ramai orang lalu lalang? Kemana tuannya? Adakah ia dilarikan oleh pencuri? Saya bertekad untuk mengetahui siapa tuannya. Jika terjumpa saya akan memberikan nasihat untuk meletakkan basikal berkenaan ditempat yang lebih selamat jika ditinggalkan dan cara yang paling mudah sediakan kunci. Pada jam 12.30 tengahari hari yang sama saya cuba2 mengintai basikal berkenaan ditempat ia ditinggalkan tetapi ia sudah tiada. Waduh2 betul2 menguji minda dengan 1001 pertanyaan hahaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan