Pada pagi 12 Julai 2022 seperti biasa melakukan kayuhan dihadapan Jalan Besar UKM Bangi. Semasa berehat dibus stop berhampiran saya terlihat dua buah basikal. Pemiliknya adalah pasangan suami isteri warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang kebun UKM. Semasa siisteri sedang berehat saya mengambil peluang bertanya beberapa soalan kepada beliau tentang basikal yang digunakan oleh mereka.
Menurut beliau pada tahun 2018, basikal diperolehi dari pihak UKM sendiri yang terbiar berpanas berhujan disatu kawasan UKM. Satu hari pihak UKM membenarkan basikal tersebut diambil dan pasangan tersebut mendapat sebiji seorang basikal yang diagihkan itu. Semasa itu ada berpuluh puluh basikal jenis berkenaan terbiar begitu sahaja. Basikal dikabarkan hadiah kerajaan kepada UKM. Basikal isteri pernah dicuri kedua2 biji tayar/rim dia. Basikal juga pernah terputus rantai. Dengan kerjasama "orang dalam" alat yang hilang dapat dicari ganti. Difahamkan ada empat biji basikal yang sama masih tersimpan didalam stor UKM. Pasangan mempunya anak2 masing2 berumur 19 dan 17 tahun. Anak2 menetap dio Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.
Sayang sekali basikal yang begitu berkualiti dibiarkan begitu sahaja oleh pihak UKM. Mentang2 dapat percuma. Andai diselia dengan baik basikal tersebut boleh digunakan oleh UKM untuk berbagai aktiviti serta sebagai alat kemudahan. Paling menarik ia boleh mendatangkan hasil kewangan kepada UKM jika disewakan.
setiap basikal mempunyai bar code (basikal isteri)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan