some one like you

Ahad, 24 Julai 2022

MTB Exitway Sortie


 


Pada 22 julai 2022 melalui iklan dalam marketplace FB tertarik dengan mtb carbon fork jenama xds berharga rm600. seperti dijanji telah pergi ke rumah penjual di kampung baru., KL. tujuan sebenar untuk melihat fork berkenaan tetapi penjual telah membawa sekali sebiji frame mtb exitway sortie bersama xork epixon masih terlekat pada frame termasuk handlebar, stem dan handle grip. apabila memegang frame tersebut terasa amat ringan terus terpengaruh untuk membeli. diakhir perbincangan bersetuku untuk membeli frame, brakeset jenama hayess dan crank arm bersama chainring 32t jenama shimano doere 175mm. tanpa tawar menawar bersetuju membayar rm650 untuk semua peralatan tersebut. setelah balik baru terfikir untuk mengukur saiz mtb berkenaan yang dinyatakan bersaiz M tanpa ada penunjuk yang membuktikan ia bersaiz M. carian melalui google memdapati mtb tersebut dikeluarkan pada 2017 dengan set high end lengkap rm2800. disini baru terfikir kenapa pencarian maklumat tersebut tidak dilakukan sebelum pembelian dibuat? melalui wasap cuba mengembalikan semula mtb dan merayu wang dikembalikan, tetapi gagal. terasa kecewa kerana penjual memberitahu part2 lain ada dalam simpanan beliau seperti seatpose, clamp, saddle, rantai, crank arm dengan 2 chainring, rantai, shifter slx dan slx fd, shifter slx dan xt rd
. saya bertanya kenapa alat tersebut tidak disertakan semasa membeli frame? lalu berlaku pertengkaran melalui wasap yang mendakwa saya telah ditipu. penjual menawkan semua alat tersebut rm400. berlaku ketegangan bila penjual enggan mengurangkan harga walau rm50. akhirnya terpaksa mengalah memandangkan cassette shimano 10sp berharga rm205 telah pun dibeli. akhirnya mtb dihantar kekedai go cycle sek 3 bbbangi untuk pemasangan. pada pagi 24 julai kerumah penjual bagi mengambil lebihan alat yang dijual. seronoknya dapat bermotosikal di KL sebab ada program berbasikal untuk KLFC. alat kemudian dihantar ke go cycle dan diberitahu dua2 bearing fork bermasalah dan perlu diganti dengan harga rm160. hingga saat ini masih menunggu berita dari go cycle tentang proses pemasangan (setup) mtb berkenaan. saya berdoa supaya mtb dapat disiapkan tanpa ada lagi alat yang perlu diganti dan dibayar. pengajaran dari kisah ini:
sikap tamak terhadap basikal tidak pernah habis walau sudah banyak kali mengalami kesalan dan kerugian. 
sikap terlalu gopoh membuat keputusan tidak pernah hilang tanpa berfikir panjang. 
walaupun banyak kesan negatif terselit juga kesan positif iaitu saya dapat belajar tentang part2 basikal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan