some one like you

Rabu, 22 November 2023

Keluarga Pak Long Bakar


Wajah arwah Pak Long Bakar. Dibelakangnya adalah motosikal Honda C70 yang sering digunakan untuk urusan harian beliau. Bekas anggota polis. Difahamkan pernah menetap di Gedung Lalang, Seremban sebelum menamatkan perkhidmatan lalu mendirikan rumah dan menetap di Sri Melenggang, Kota, N9. Beliau adalah abang sulung seibu sebapa dengan arwah emak. 

Gambar terbaharu (November 2023) sebahagian anak2 dan cucu Pak Long Bakar. Pengenalan dari kanan Kak Fauziah duk Seremban, Siti Hajar duk Kelantan, Nik suami Siti, Faris anak bongsu Cikgu Fadilah, Cikgu Fadilah, menantu Siti dan kiri sekali Syafiq anak Siti. Gambar diambil dirumah Kak Fauziah di Seremban. 



Konvo Faris anak bongsu Cikgu Fadilah. 


 
Anuar anak sulung Pak Long Bakar. 

http://dizay164.blogspot.com/2019/04/2042019-peristiwa-jam-4-pagi-rumah.html?m=1

Malang tidak berbau. Pada 20 April 2019 kira2 jam 4 pagi rumah arwah Pak Long Bakar telah terbakar. Hampir 99% rumah ini telah hangus terbakar sehingga tinggal rangka sahaja. Alhamdulillah Cikgu Hamidah anak Pak Long Bakar yang tinggal bersendirian dirumah tersebut dapat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Tidak berapa lama selepas kebakaran tersebut sebuah rumah sementara untuk Cikgu Midah berteduh dari hujan dan panas telah didirikan dibekas tapak rumah berkenaan. 



Perkahwinan anak Cikgu Fadilah di Kuantan April 2024


1 September 2024 Majlis perkahwinan anak Leman







Jumaat, 29 September 2023

Arwah Alang Somah

 

Ini adalah gambar Arwah Alang Somah (Abu Samah bin Haji Ahmad) iaitu isteri kepada Arwah Alang Ipah (Sharipah binti Hj. Taat). Didalam gambar tersebut kelihatan beliau sedang mendukung cucu beliau bernama Nadiah binti Mohd Amran. Mempunyai anak bernama Yusof yang menetap di Rantau, Negeri Sembilan. Juga mempunyai kakak yang dipanggil Achek yang menetap di Kota, Negeri Sembilan. 




Lagu2 dari album Bergembira Di Hari Raya adalah lagu2 yang sering dimainkan melalui radio cassette oleh Arwah Alang Somah samada sebelum atau selepas menyambut hari raya pada tahun 1977. Memandangkan ia dimainkan hampir setiap hari, saya menjadi hafal semua dailog dan lirik lagu dari album tersebut.


Abang Razak anak kedua arwah alang. Gambar bertarikh 2 April 2024.


Arwah Alang Ipah bersama anak perempuan tunggal dia Habibah







Rabu, 26 April 2023

Pancur air hujan, tempayan dan kuwi

 


Teringat zaman kanak2 hingusan bila hujan turun tempat yang menjadi tumpuan kami adik beradik berpesta air ialah dibawah pancuran air hujan ini. Hamparan simen akan menjadi licin bila ia berair. Bermula dari tangga kayu akan meluncur hingga kelongkang. 

Tempayan masih kekal ditempatnya walau masa sudah berlalu lebih dari 60 tahun. Yang berbeza cuma ia ditungkupkan kerana tidak digunakan lagi. Air dari tempayan itulah digunakan untuk membasuh kaki, untuk cebok dan kadang2 untuk membasuh kain dan bermandi manda.

BIAR GAMBAR BERCERITA
Kisah pancur air hujan (dulu2 punya water park untuk bermandi-manda dan bermain gelongsor air) dan tempayan (untuk cuci kaki dan cebok(?) tetap menjadi kenangan namun kisah kuwi untuk menyimpan padi dilupa jangan. Masing2 punya peranan diusia rumah hampir 80 tahun. Dihujung2 usia begini menumpang berteduh dirumah pusaka, memiliki sebiji kereta kecil untuk kemudahan bergerak dan berlindung dari hujan dan panas disamping sebiji motor usang untuk menjenguk kebun adalah nikmat2 hidup yang lebih dari keperluan seorang warga emas yang tinggal dihujung kampung yang penuh dengan kenangan ini.

Isnin, 3 April 2023

Kuih tepung pelita


 Ramadan 1444 (2023) harga kuih tepung pelita RM1 satu ketul. Dijual dalam pek 5 ketul. Pembelian satu2 ketul macam dulu2 tidak dilayan. Jenama pembuat seperti gambar tertera kurang menyengat. Yang buat saya ketagih ialah pembuat jenama "Paya Jeras". Hampir setiap hari membeli bukan setakat satu pek tetapi tiga pek. Kerana keenakkanya satu pek sekali hadap selepas bertarawih sudah pasti!