some one like you

Khamis, 30 Disember 2021

Insan Istimewa

 Mak Enon

Rumah beliau terletak didepan tapak mesin padi Astana Raja. Mungkin ada kena mengena dengan Saudara Md Zain iaitu ahli sukan yang tidak asing lagi dikalangan penuntut SKAR dan Semenda diera tahun 70an. Peristiwa yang saya tidak boleh lupa bila Mak Enon menghampiri kami yang sedang bersenam di padang SKAR. Semasa itu saya masih disekolah rendah. Mungkin dalam darjah 2 atau 3. Sifat Mak Enon memang sentiasa senyum dan ketawa. Apabila mengingati Mak Enon saya pasti akan ingat kata2 ini yang sering keluar dari mulut beliau. Kata2 tersebut ialah "menantu montuo, pucuk nago molompek, so'omo minam, monuju papan, sembilang dalam buloh"

Lonchong

Rumah beliau terletak dihadapan sekolah SDAR/Semenda. Kebanyakkan orang memanggil dia Tok Lonchong. Identiti beliau ialah sentiasa menggunakan minyak rambut sehingga rambut beliau sentiasa nampak berminyak dan berkilat serta tidak pernah kusut. Seperti Mak Enon beliau akan sentiasa senyum dan mudah ketawa. Beliau amat suka mengusik/menyakat kanak2. Beliau juga seingat saya sentiasa mengenakan kain pelikat dan jarang berseluar.

Sagam

Rumah beliau terletak di Semerbok berhampiran dengan rumah Arwah Cikgu Sani. Beliau seorang yang rajin bekerja. Semasa saya kecil beliau selalu mengambil upah membelah kayu getah, disusun bertingkat untuk dijemur dan setelah kering disusun rapi didalam pasung kayu. Semua pemilik kedai getah/segerap di Astana Raja mengambil beliau untuk bekerja. Bermula dari pemilik yang saya lupa nama dia berasal dari Penajis. Kemudian pemilik bertukar kepada Mokhtar (Bapa Mohd Nor). Mokhtar mungkin bekerja bagi pihak Koperasi Astana Raja. Pemilik seterusnya bertukar kepada Abang Kachang dari Kampung Solok. Sagam biasanya akan berjalan kaki berulang alik dari Astana Raja kerumahnya di Semerbok. 

Sinjo

Berasal dari Penajis. Berbadan kecil. Bila ada orang kampung memerlukan pemanjat kelapa sudah pasti akan menggunakan khidmat Sinjo yang memang cekap memanjat kelapa.

Debush

Berasal dari Kampung Tiga Nenek. Saya biasa terserempak dia berjalan kaki dari rumahnya di Tiga Nenek ke Pekan Kota. Sambil berjalan mulut Debush akan mengeluarkan bunyi motor dan sebelah tangan beliau akan memerah seolah sedang memerah minyak motor. Debuah juga kaya dengan senyuman. 

     

Khamis, 23 Disember 2021

Kisah banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam 17.12.2021

Petikan dari Whatsapp Group Taman

INNALILLAHI WAINNA ILAYHIRAJI'UN.

Kami sekeluarga antara yang dipilih bersama ribuan yang lain untuk menjadi mangsa banjir luar biasa 2021 sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam.

17-Dis, Jumaat

Hujan sepanjang hari

18-Dis, Sabtu

Air mula naik, kawasan rendah dah tenggelam. Flat kami paling tinggi area situ so mostly penduduk datang park kereta situ. Masing² cuba selamatkan kereta masing² then harap air tak naik sampai kawasan tu. Jalan ke Sri Muda dah mula terputus hubungan.

Petang air terus naik, kawasan parking air naik paras betis. Bila parking paras betis means jalan raya dah paras atas pinggang. Jalan dah out, bot je yang lepas. Masa ni semua dah mulanpasrah jika kereta tenggelam.

7pm, air terus naik. Out of control. Dah mula masuk kereta. Ground floor dah mula masuk air.  Saya cerita ni flat saya, flat paling tinggi. Means flat sekita mesti berlaku lebih awal. This time jugak elektrik and line fon out. No connection to outside. So bermula la episod bergelap kami. Main problem kat sini sebab no connectio, so mmg susah giler nak berhubung. Tak boleh bayang mesti family risau giler. Bila no connection, waktu siang pun terasa malam. Malam lagi lah rasa gelap gelita

8pm kereta dah consider out sebab air kawasan parking dah paras pinggang, banyak alarm kereta start berbunyi. Jiran GF dah mula lari ke tinggkat atas. Menumpang jiran lain. Geng² bujang bawak khemah pacak kat tangga. Bermula jgk la malam yang sangat panjang bagi kami semua. 

Bot² pasukan bomba penyelamat mula masuk. Sebenarnya bomba masuk since petang sampai la sekarang. Diorang tak putus² ulang alik untuk misi menyelamat. Untuk bantuan makanan or kelengkapan memang TIADA.

Kami tak dapat tidur, sebab bunyi bising alarm kereta. Bila air makin tinggi sampai alarm pun dah tak berbunyi, susana bising dgn suara² orang yang mintak tolong sebab terperangkap + suara² yang mintak makan. Sadis die Allah je yang tahu. Pihak penyelamat hanya mampu lalu je sebab mereka fokus mangsa area rumah landed setingkat. Mostly penduduk dah atas bumbung. Air di kawasan parking flat kami dah cecah 2m. Penduduk dah tak boleh turun.

19-Dis, Ahad

Badan penat sebab tido 2 jam je. Flat dah jadi lautan. Flat kami untuk GF mmg out. Ada flat yang 1st level pun paras peha. Thats water level. Yang teres 1storey tu atas bumbung la tempatnya. Lagi teruk 😔. Dari ratusan kereta yg parking, lori je yang nampak. Masih TIADA bantuan. Makan apa ada. Habiskan stok dalam peti since xde letrik takut busuk. Penduduk dah bising. Lapar dan memang harapkan bantuan. 

Di takdirkan 1 lori roti gardenia 5 tan stranded, so die sedekahkan roti. After 24jam saya dpt 1 roti 🤲🏻. Tu pun bukan dari mana² pihak berwajib. Bot yang hantar pun mostly personal bot. And ada yg guna kayak hantar roti. Gila la diorang ni, semangat apa yang merasuk jiwa, even sikit² diorang dtg hantar. So penduduk dpt la makan roti.

Ada la 1 bot Menteri masuk, yes bot besar masuk penuh bawak orang lalu sambil senyum mintak maki. Maka mendapat la makian secara berjemaah. Bot mcm tu kalau bawak makanan mesti banyak dapat bawak. Tapi xpe lah bawak makanan bukan 'porfolio' mereka 😏 kan kan.

Kami antara yang bertuah sebab stay 3rd floor. Boleh lepak² senyum² lagi sambil tengok air dari balkoni. Tengok bumbung kereta 😅. Air surut sangat² slow. Dalam 24h air turun dlm 1 kaki je. Air termenung.

Keadaan makin kritikal, 48h stranded tanpa sebarang bantuan kecuali roti dri lori gardenia. Dan gerak kerja ehsan rakyat sendiri. Memang 1 hari yang panjang bagi kami semua 😌. Tapi kami ok sebab masih ada rumah untuk berteduh 🤲🏻. Dapat info dari pengasuh anak kami kt blok lain, mereka sekeluarga terputus makanan. Rumah bawah so terpaksa tumpang rumah bujang 1st floor. So total 10 orang, keadaan mmg lapar. Suami pulak injured sebab jatuh longkang. Masing² menangis je tunggu bantuan. Adoi...bila berlaku kat org rapat dgn kita, mmg terasa berat dugaan. Apakan daya kami nak tolong pun xboleh, air dalam sangat². Penduduk blok area dlm² lagi la susah bantuan nak sampai. Maaf kak kami tak mampu tolong 🥲.

Nasib baik jugak blok kami tepi mainroad so senang bantuan sampai, boleh tgk Bot bawak makan dari NGO dah mula masuk. Macam² NGO/ persendirian masuk bagi air biskut roti. Tengah malam pun diorang redah masuk. Ada yang bila tanya dari mana, diorang ckp entah lah bantuan dari mana, kami just hantar je. Terbaik la diorang ni 👍🏻.

20-Dis, Isnin

Air dah surut sikit. Area parking paras pinggang. Jalan raya paras dada. So dpt la turun tengok kereta. Tengok keadaan. Bot menyelamat terus menerus masuk. Bantuan makanan pun dah ada tpi terhad, penduduk pun ramai kena berebut. Kami yg hanya ber3 ni bagi yang mana perlu dulu lah. Kami ok.

Untuk lunch makanan mmg limit, so kami beberapa penduduk decide untuk pergi sendiri ke tempat pengagihan bantuan. So berjalan la 2km(return) redah banjir berkaki ayam dalam paras dada. Sampai kat sana berair mata ni bila tengok banyak makanan rupanya, yang basi, yang rosak, yang buang bersepah atas jalan. Jadila kami mcm anjing, hidu makanan. Selongkar cari makanan yang ok. Hasilnya agak berbaloi. Nasi roti air semua dpt 🤲🏻. Tapi kami rasa kami still ok since mesti ramai lagi yang teruk. Time tu jgk ternampak YB bawah khemah tengah agih 'face mask' 🤣, ye facemask 🤣🤣. Tiba² tekak terasa gatal, so terkahak la depan YB tu. Lantak lah. Maaf la kami mangsa banjir dah tak nampak warna bendera, warna parti, siapa kerajaan, siapa pembangkang. Yang tak berguna layak diludah je. 😎.

Malam tu jgk la abg² dtg bawak bantuan. Kami dah pesan jgn dtg since kami ok, saya pun masih ada kudrat. Boleh usaha. Air pun masih tinggi. Tapi connection lost, so semua risau. Mereka Sampai jugak akhirnya ❤ meredah air masih dalam. Terima kasih. Even dah 3hari, air masih tinggi dan ada kawasan still paras dada.

Berbekalkan 3 laptop, dapat la cas fon dari 1st day. Even line xde kena pastikan fon hidup kot² dpt contact. Malam tu kami tido bertemankan cahaya lilin. Dah tak bergelap 🥰.

21-Dis, Selasa

Dah 3hari tak hujan. Ada kawasan yang dah kering. Jalan utama paras betis. Dah ramai penduduk yang balik. Decide sekalai lagi nak redah banjir sebab nak ambik makanan/kelengkaoan yang perlu. Sebab mmg xde plan nak keluar dari kawasan banjir pun. Bila sampai kt kawasan pengagihan, memang meriah dah, ramai NGO dan sukarelawan yqng datang. Artis pun ada, orang² penting pun ada. Doktor pun ada, makanan, pakaian, keperluaan asas lain semua tiptop lah. Masing² turun padang, askar bomba polis semua ada.

Lepas dapat berita yang abang² ipar nak datang, nak bawak keluar since rumah still xde line dan elektrik. Ikutkan hati memang xnak keluar, xnk susahkan orang. Stay sini sekurang²nya dpt tolong agih² bantuan. Tapi kesian anak isteri la dh 4hari bergelap berpanas. Since ramai orang pun yang risaukan kami sebab no connection, kami redah jelah air paras betis 1km bawak anak 20kg untuk ke kawasan kering terdekat.  berat oo...haha, mula² anak excited nk main air, tpi bila tgk air banjir kotor, mcm² sampah binatang mati terus xnk turun 😅. Seb bek last² ada bot jpm, dpt la naik. So kami keluar ke putrajaya. Kereta memang tak boleh masuk. Even sekarang pun kereta tak lepas nak masuk sebab air still paras betis kat jalan. 4x4 je lepas masuk, tu pun polis hanya benarkan untuk 4x4 misi bantuan je dulu. 

Yang isu kes pecah Mydin, speedMart, DIY tu bukan 'penduduk Sri Muda' . Kena guna istilah penjenayah sri Muda. Kami semua terkesan, tapi sekelumit pun tak terfikir nak mencuri dan merosakkan harta benda orang lain. Mostly yang buat tu warga asing yang jahat dan celaka dari benih asal lagi. Mencuri peralatan elektrik, perkakas rumah guna alasan nak teruskan hidup 😅. Nonsense...

22-Dis, Rabu

Dapat info, flat masih tiada elektrik/line pun terhad. Ada kawasan yang start naik air balik. Hope air naik xtinggi lah.

Terlalu banyak kisah, pengalaman dan cerita sepanjang musibah ni. Suka dan duka. Tapi keseluruhannya kami OK jika nak banding dengan orang/kawasan lain yang lagi teruk. Kami semua sihat. Hanya kereta yang total lost. Nak banding dengan family lain ada yg kehilangan nyawa, rumah habis rosak, kereta motor pun habis, anak ramai nak handle. Ujian orang lagi berat dari kami. Belum cerita banjir hulu langat yang air deras. Semoga kita semua mendapat rahmat dari ujian ni. Simpan coretan dan gambar² kt fb untuk kenangan tahun mendatang.

Terima kasih untuk semua yang membantu, yang mendoakan. Semestinya Allah akan membalas jasa baik kalian semua

22-Dis, Rabu@10.00pagi

Saya ambil kesempatan ziarah rumah sahabat2 yang terkesan di Jalan 4, Taman Emas dan No. 47, Jalan 5, Taman XXXXXX, Dengkil










Jumaat, 10 Disember 2021

Pemandu bas kilang memandu secara berbahaya

Tarikh: 8.12.2021 @ 7.30 pagi. Mungkin setiap hari bas ini melalui laluan ini.

Lokasi: Laluan dari Kompleks PKNS, B. B. Bangi ke Bulatan Seksyen 7, B. B. Bangi

Kesalahan: Memandu laju walau dilaluan yang sempit tanpa memperdulikan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Kenderaan mengeluarklan asap hitam yang amat tebal. 





Kisah basikal MTB XDS

Suatu pagi 8.12.2021 saya terjumpa sebuah basikal jenis MTB jenama XDS dalam keadaan rebah dikawasan tanaman pokok dihadapan rumah saya. Saya syak basikal berkenaan telah dibawa lari/dicuri oleh sesorang. 

Saya mengambil gambar basikal berkenaan dan mewarwarkan dalam Whatsapp Group taman dengan harapan ada yang datang menuntutnya. Saya takut basikal berkenaan akan diambil orang jika dibiarkan sebegitu lalu saya membawa masuk kedalam pagar dan menyandarkan digate rumah saya dan berharap jika tuannya nampak akan mengambil basikal berkenaan. 

Kira2 jam satu tengahari semasa saya tersedar dari pembaringan saya terkejut kerana basikal berkenaan telah tiada. Saya tertanya2 jika tuannya yang mengambil basikal berkenaan kenapa dia tidak memberitahu saya dan cara dia mengambil seolah2 seperti pencuri kerana tidak terdengar langsung kunci gate dibuka. Apa yang menjadi harapan saya orang yang mengambil basikal berkenaan adalah tuannya dan bukan diambil oleh seorang seorang poencuri.

Pada pagi 10.12.2021 kira2 jam 8.30 pagi semasa saya dalam perjalanan balik dari berkayuh, dihadapan pintu masuk Seksyen 7, B. B. Bangi saya ternampak seorang perempuan usia dalam 30an sedang mengayuh basikal yang saya jumpa itu. Dalam hati terasa hendak mengejar perempuan berkenaan bagi menyiasat siapa dia sebenarnya tetapi niat itu saya batalkan sahaja. Mungkin lain kali kalau terjumpa mungkin sesuai untuk jalankan siasatan.

Apa2 pun sehingga kini saya masih tertanya2 siapa gerangan yang mengambil basikal yang saya syak dilarikan itu. Kenapa cara dia mengambil basikal itu dari dalam gate rumah saya tidak memberitahu saya. Jika tuannya, Alhamdulillah dia telah dapat semula basikalnya, tetapi jika sebaliknya....



Kisah MTB XDS tidak berakhir disitu. Pada 16.12.2021 kira2 jam 8 pagi apabila saya menyelak langsir tingkap dapur rumah saya terlihat basikal berkenaan siap ditupang sempurna diruang kawasan belakang (dapur) saya. Saya tertanya2 kenapa ia diletak disitu? Hendak dikata tempat selamat tidak juga kerana disitu ramai orang lalu lalang? Kemana tuannya? Adakah ia dilarikan oleh pencuri? Saya bertekad untuk mengetahui siapa tuannya. Jika terjumpa saya akan memberikan nasihat untuk meletakkan basikal berkenaan ditempat yang lebih selamat jika ditinggalkan dan cara yang paling mudah sediakan kunci. Pada jam 12.30 tengahari hari yang sama saya cuba2 mengintai basikal berkenaan ditempat ia ditinggalkan tetapi ia sudah tiada. Waduh2 betul2 menguji minda dengan 1001 pertanyaan hahaha..
          



N0. Siri MTB ini XDS26391


Jumaat, 26 November 2021

24.11.2021 Rumah pusaka dan peralatannya

Seperti yang tercatit dalam bentuk tulisan cat warna merah rumah pusaka ini telah siap  didirikan pada 21.1.1961. Saya lahir pada tahun 1959. Tertanya2 dimana tempat saya dilahirkan? Dari sumber saya, abang dan kakak telah dilahirkan di kampong Ayer Melintang iaitu dirumah emak arwah bapak. Bapak bekerja sebagai tentera British jadi kehidupanya banyak merantau dimerata negeri. Negeri terakhir sebelum bapak berhenti tentera ialah Negeri Kedah. Selepas berhenti buat sementara bapak menetap di Kampong Ayer Melintang sehinggalah rumah di Kampong Solok siap dibina pada tahun 1961.
 

Keadaan terkini rumah pusaka keluarga pasangan Arwah Abd Rahman bin Serol  dan Arwah Esah Binti Haji Taat yang terletak di Kampung Solok. Rumah masih dalam keadaan sempurna kukuh kerana kayu yang diguna untuk membuat rumah ini dari bahan kayu yang berkualiti.

Dapur kayu dengan dua tunku untuk memasak. Pembuatanya begitu kukuh dari kayu berkualiti yang masih bertahan hingga kini. Kenangan subuh/pagi sebelum kesekolah adik beradik akan berdiri disisi kanan dapur ini menunggu giliran untuk mendapatkan kuih kodok yang digoreng oleh arwah emak.

Dihadapan dapur kayu kelihatan para yang diguna untuk menyimpan pinggan mangkuk. Lantai para dibina berlubang bagi memudahkan menyusun pinggan mangkuk. Kelihatan pelita hari raya masih disimpan dibawah dapur ini.

Tudung saji. Dibuat dari daun mengkuang yang direndam didalam air untuk melembutkannya supaya mudah dibentuk. Daun mengkuang juga dibuat tikar. Diguna untuk menutup makanan. Kenyataannya tudung saji jarang diguna pada era 50an dan 60an kerana semua makanan akan dihabiskan setiap kali satu keluarga mengadap sajian makanan tersebut. Tidak seperti zaman sekarang setiap habis mengadap hidangan pasti ada yang tinggal saki baki lauk pauk yang tidak habis. Pada era tersebut tudung saji banyak tergantung didinding dari berfungsi sebagai penutup hidangan. Kadang2 jika ada "kenduri kubur" barulah ia digunakan. Lagi satu jika pasangan baru berkahwin pihak "besan" akan menghantar "jamba" kepada pihak "besan" pasangannya terutama bila menyambut hari raya. Tudung saji akan diguna untuk menutup "jamba" yang dibawa. 

Bintang atau dulang yang terdiri dari tiga saiz. Yang paling besar untuk kegunaan mengisi piring lauk pauk semasa kenduri. Yang sederhana besar untuk menghidang lauk pauk hidangan keluarga dan yang paling kecil untuk menghidang tekoh dan cawan minuman.
  
Mempunyai berbagai corak.

Cawan teh. Kerap diguna oleh kedai2 kopi samada cina atau melayu. Yang membezakannya ialah corak bunganya. 

Koleksi yang ada cukup untuk mengadakan majlis kenduri kahwin. Buka restoran pun boleh. 

Mangkuk/pinggan mangkuk yang dibuat daripada ayan dalam berbagai saiz. Ada syarat tertentu bila perlu guna mangkuk ayan dan bila perlu guna mangkuk/pinggan mangkuk kaca. Ayan lebih tahan lasak.  

Semua pinggan mangkuk arwah emak ditanda huruf "E" sebagai tanda pengenalan bagi mengelak supaya mudah dikesan/tidak hilang semasa majlis kenduri kahwin yang kadang dipinjamkan kepada keluarga pengantin.  

Ini adalah bekas pakaian. Diperbuat dari bahan alumanium dan ringan. Zaman dulu semua pakaian yang hendak dibasuh dikumpul didalam bekas ini. Bekas ini akan dibawa keperigi atau sungai tempat pakaian tersebut hendak dibasuh. Jarang sekali orang dulu menggunkan baldi. 

Huruf "E" ada dimana2. Zaman dulu jarang pinggan mangkuk yang hilang bila dipinjamkan. Kejujuran ada dimana2 sehingga tak terpungut. 

Set sudu tembaga antara koleksi arwah emak yang dijaga rapi. Harap2 masih ada lagi tersimpan dirumah pusaka. 

Bekas habuk rokok hasil kerja subjek "Seni Perusahaan" saya semasa ditingkatan satu (1972) Semenda. Gurunya Mr Lim Goh Poh (ntah betul ntah tidak nama tu). 

Piring ayan. Diguna untuk mengisi lauk pauk hidangan keluarga. Fungsi dia bertukar kepada bekas ubat nyamuk. Masih ada kesan2 habuk ubat nyamuk disitu. 

Mangkuk tingkat

Bekas untuk meng "tus" beras bila ada kenduri kendara. 

Simpan segala jenis senduk disini. 

Almari pinggan mangkuk. Keluar dari almari bila ada kenduri kendara. 

Almari pakaian. 

Almari makanan. Pintunya dibuat dari jaring halus. 

Almari pinggan mangkuk. Bila ada kenduri kahwin tidak perlu pinjam pinggan mangkuk. Stok yang ada dah memadai. Ateh lemari yang wano itam tu den punyo radio/cartridge jenamo National. Boli maso mulo2 kojo awal 80an. Masih bobunyi tu.. 

Almari pinggan mangkuk lagi. 

Almari khas arwah bapak. Banyak barang2 berharga disimpan disini termasuk parang, keris, songkok President Suharto, topi askar British, jam tangan Titoni, medal, kitab2 dll. Didalam almari ini juga arwah bapak menyimpan rubber stamp tanda tangan beliau. Setiap hujung penggal rubber stamp itu saya curi untuk tandatangan kad kemajuan sebab "takut" nak mengadap dia. 

Almari buku. Sehingga hari ini lokasinya kekal diserambi rumah. Diatas almari ini arwah bapak meletakkan radio Philips beliau. Radio atas almari tu milik Arwah Abang Harun. 

Mesin jahit Singer. Oleh kerana selalu mengadap arwah mak menjahit saya boleh menjahit menggunakan mesin ini. Part yang penting selain benang dan jarum ialah sekuchi dia. 

Pemberian Abg Kia semasa beliau mula bekerja. Masih tergantung diambang pintu serambi/tengah rumah. 

Kalender 2003. Dah boleh masuk muzium kalender. 

Kunci rumah. Diguna bila arwah bapak mengunci rumah untuk membawa seisi keluarga berjalan2. Kadang2 pergi Tampin dan kadang2 pergi Kuala Lumpur. Kami sekeluarga menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 10 (1967) di Kuala Lumpur. Antara acara sambutan yang dapat ditonton ialah pertunjukkan tatu PDRM di Stadium Merdeka. Semua ini adalah atas ehsan/jemputan Arwah Ngah Omar/Ngah Iyam yang kebetulan tinggal dan bekerja di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.


 Ini dipanggil lesung. Anak dia dipanggil antan. 

Banyak lagi barang2 peninggalan mak/apak dirumah ini. Setiap barang ada ceritanya yang tersendiri. Apa yang penting bukan barang2 lama tersebut, tetapi kenangan lama itu yang paling berharga.