some one like you

Khamis, 25 Julai 2013

Isnin, 22 Julai 2013

EK9 konon - KLANG CITY TYRES & AUTO SDN. 276167-K


Binatang ini di nama tulang anjing (rear camber kits). Ntah nape buta2 ditipu dek anjing yang kedai nya seperti nama dan alamat berikut:-
KLANG CITY TYRES & AUTO SDN.
276167-K
No. 30, Jalan Raja Bot,
41400 Klang, Selangor.
TEL: 03-3343 6848 FAX: 03-3345 3848

JAUHI KEDAI ANJING INI kerana memang kerjanya menipu pelanggan sejak tahun 1980an lagi hingga sekarang.


Memiliki Honda Civic EK9 menjadi impian suatu masa dulu namun dengan harga yang diluar jangkauan walau berstatus second hand masih berfikir beribu kali untuk memilikinya. Tercetus idea dan terikut-ikut dengan kerenah peminat fanatik EK9 jalan mudah untuk merasai pemanduan EK9 ialah dengan menggunakan penyerap hentak yang digunakan oleh EK9 dan terbukti ianya adalah sedang-sedang aje...

Selasa, 16 Julai 2013

Kegilaan yang ntah bila warasnya..


kegilaan yang mengatasi minat, hobi, kegemaran,kesukaan, kecenderungan, kecondongan, keghairahan..

Ahad, 14 Julai 2013

"Hadiah"

Bila ada pertandingan pasti ada pemenang dan sudah tentu ada piala yang boleh dijulang setinggi tangan, didakap sebidang dada dan dipamir keseluruh alam dan maya..hadiah "menerima seadanya" pun ada piala yang boleh dijulang, didakap dan dipamir walau sekadar didalam HATI..  

Buku Pejabat Pos

Tahun 1973, menuntut di Tingkatan 2 Sekolah Menengah Datuk Abdullah, Astana Raja. Bersekolah pada sesi sebelah petang. Pada sebelah pagi hampir setiap hari antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi saya akan disuruh oleh arwah emak pergi ke kedai arwah Kassim bin Haji Marzuki di Astana Raja untuk membeli keperluan harian untuk dimasak pada hari tersebut. Antara keperluan yang dibeli ialah ikan dan sayur-sayuran. Seingat saya dalam tempuh tersebut tidak pernah membeli bahan lain kecuali ikan dan sayur2an. Disinilah saya mengenal tenggiri, parang, merah, kembung, cencaru dan selar manakala sayurnya ialah sawi, kangkong, bayam, patola, kubis, kacang panjang dan boncis. Daging lembu atau kerbau hanya dapat dirasa semasa sambutan hari raya sahaja dan ayam pula dapat dirasa sebulan sekali hasil dari ternakan ayam secara kecil-kecilan. Biasanya arwah emak akan menyerahkan bulat-bulat kepada saya apa yang hendak dibeli pada hari2 saya pergi  kekedai. Memandangkan tiada pilihan maka ikan dan sayur sahaja yang dibeli pada setiap hari. Bertuahnya dimasa itu perkataan muak dan jemu tiada dalam kamus hidup. Arwah emak akan memasak untuk saya bawa bekalan kesekolah. Dengan adanya bekalan maka wang belanja sekolah pemberian arwah bapak sebanyak 20sen tidak dibelanjakan lalu dikumpul dan disimpan didalam Buku Pejabat Pos. Pejabat Pos Bergerak yang datang membuka kaunter di Simpang Astana Raja sekali dalam seminggu akan memudahkan saya dan orang kampung berurusan. Wang biasiswa yang diperolehi juga kadang2 disimpan disini.   

Jumaat, 12 Julai 2013

12.7.2013 Kisah roda keretapi

kau nak khojho pam taya kheto api tak? 

bulhih yho..tapi khek mano diam nut eh?

Emilino Velentino - Italy yang "gedabak"

Trend semasa nampak "gedabak" tetapi nipis. Biarlah pengisian masa turut "gedabak" dan pembaziran masa turut nipis. Barulah dinama jam yang mengikut trend semasa..

Rabu, 10 Julai 2013

Warna-warna dan warna-warni

disebalik warna..
warna yang dilayangkan..akhirnya akan diturunkan jua ketanah dan malang sekali jika terputus talinya..
warna rezeki..
warna emas..pisang akan terus berjuang mendahului nama emas namun emas jua yang dipandang orang..


berkongsi warna dngan buah oren..
malam yang diwarnakan..jangan tergoda..

warna ketenangan..warna impian..

Sabtu, 6 Julai 2013

6.7.2013 Kisah "Chu Ma"


Teratak Allahyarham Chuma terkini (17.11.2024)


Nama gelaran beliau adalah "Chu Ma" . Berusia awal enam puluhan. Hingga kesaat ini saya tidak tahu nama sebenar beliau (tetapi masih boleh di urus untuk mendapatkannya) walau pun berjiran. Diwaktu lapang beliau suka mendengar radio yang di buka kuat-kuat (nasib baik rumah beliau agak jarak dari rumah-rumah lain kalau tidak….) Antara lagu Hindustan yang digilainya yang saya sendiri tidak tahu apa tajuknya. Antara lirik lagu tersebut berbunyi “membeli roba ho..membeli roba ho”. Masih berstatus bujang. Yang pasti nama bapanya Arwah Kadir. Semasa hayatnya Arwah Kadir terkenal sebagai seorang yang pakar dalam membuat peralatan yang dibuat daripada buluh seperti hulu parang, raga ayam dan sebagainya. Anak kedua dari lima orang adik beradik. Beliau tinggal sendirian dirumah pusaka peninggalan arwah ibunya yang kini telah di ubahsuai menjadi lebih selesa untuk diduduki. Mengikuti kehidupanya "Chu Ma" beliau adalah seorang yang kuat bekerja. Dari sekadar berjalan kaki lalu berjaya memiliki sebuah basikal dan disaat ini beliau telah pun memiliki sebuah motosikal. Samada beliau memiliki lesen memandu atau pun tidak, itu tidak penting kerana kemudahan itu adalah lebih mustahak dari lesen itu sendiri untuk beliau bekerja menyara kehidupannya. Dari dulu bila tiba musim buah-buahan beliau akan mengelilingi kampung untuk menjaja buah-buahan. Antara buah-buahan tersebut ialah tampoi dibelakang rumah beliau yang berbuah lebat setip kali tiba musimnya. Pernah suatu masa beliau telah disingkirkan dari keluarga oleh ibunya kerana sedikit perselisihan faham. Beliau telah mendirikan sebuah pondok kecil di satu kawasan lapang tanah milik ibu beliau. Disepanjang penyingkiran itu apabila memasak saya setia mengadap beliau memasak dan makan. Menu utama beliau adalah ikan kembung masak asam pedas. Satu perkara yang sukar dilupa ialah beliau memang dari dulu memiliki otak business. Setiap kali ada program yang melibatkan orang ramai berkumpul beliau pasti akan berniaga. Ada sahaja bahan yang di niagakannya. Selain dari itu antara aktiviti business beliau semasa saya kecil ialah menjual "tikam". Tikam adalah sejenis permainan mencuba nasib. Beberapa nombor bertuah ditulis didalam kertas dan dilipat. Dengan bayaran serendah lima sen kiita akan mencabut kertas bernombor tersebut dan jika bernasib baik nombor kita akan memenangi hadiah berupa gula-gula, coklat, alat permainan, wang tunai dan lain-lain. Itulah dia serba ringkas kisah "Chu Ma" yang saya masih ingat. 



Pada hari raya kedua menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013, akhirnya berpeluang melihat IC Chu Ma. Rupa-rupanya beliau berpengetahuan tentang kes penyalahgunaan IC oleh pihak ketiga kerana sebelum saya dapat mengambil gambar IC nya sempat beliau berkata "kalau bukan kau yang nak ambik gambar IC den tu memang den tak bagi doh" 


Lesen memandu Chu Ma..


Adik cuma bernama Baharin "Krik". Lekat gelaran krik kerana beliau suka menggeselkan gigi-giginya sehingga mengeluarkan bunyi krik-krik..


Dihadapan teratak Chu Ma..
 

Sempat mengambil gambar Mohammad Ali bin Yusof (Kortal)


Kortal Raya 1996

Kortal Mei 2024

Berita kematian Allahyarham Chu Ma 

Hari ini 20.12.2014 saya mendapat perkhabaran Chu Ma telah kembali ke Rahmatullah. Subuh yang tiada kedengaran suara Chu Ma melaungkan azan di surau Kampung Solok menyebabkan jiran pergi mencengah kerumah beliau dan mendapati telah meninggal dunia. Al Fatihah buat arwah. Amin..

Adik Chu Ma nama Baharin juga telah pergi. Dikhabarkan beliau meninggal dunia disuatu tempat di Negeri Pahang. Melalui alamat yang tertera pada IC beliau pihak berkuasa dapat mengesan asal usul beliau dan jenazahnya dapat dibawa pulang dan dikebumikan ditanah perkuburan Kampong Solok. Al Fatihah buat arwah. Amin..

Perkhabaran terbaru adik bongsu Chuma yang dipanggil "Said Tekoh" juga telah kembali kepada penciptanya. Dikabarkan meninggal dunia dirumah isterinya di Kampong Sawah Raja. Al Fatihah. 


Kegagalan menawan puncak Kinabalu pada Mac 2012, "misi membalas dendam" akhirnya membawa kejayaan.

Dia malu sebab dah besar2 masuk peraduan mewarna
bukan mudah dapat menyambut hari jadi ditempat tinggi... 
dan diraikan bersama kawan2..

dengan kek yang begitu cantik..
serta di iringi lagu selamat hari jadi yang begitu bersemangat..  
yang pastinya akan menjadi kenangan abadi..
hingga keakhir hayat..