Tahun
1973, menuntut di Tingkatan 2 Sekolah Menengah Datuk Abdullah,
Astana Raja. Bersekolah pada sesi sebelah petang. Pada sebelah pagi
hampir setiap hari antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi saya akan disuruh
oleh arwah emak pergi ke kedai arwah Kassim bin Haji Marzuki di Astana Raja untuk membeli
keperluan harian untuk dimasak pada hari tersebut. Antara keperluan
yang dibeli ialah ikan dan sayur-sayuran. Seingat saya dalam tempuh tersebut tidak pernah membeli bahan lain kecuali ikan dan sayur2an. Disinilah saya mengenal tenggiri, parang, merah, kembung, cencaru dan selar manakala sayurnya ialah sawi, kangkong, bayam, patola, kubis, kacang panjang dan boncis. Daging lembu atau kerbau hanya dapat dirasa semasa sambutan hari raya sahaja dan ayam pula dapat dirasa sebulan sekali hasil dari ternakan ayam secara kecil-kecilan. Biasanya arwah emak akan menyerahkan bulat-bulat kepada saya
apa yang hendak dibeli pada hari2 saya pergi kekedai. Memandangkan tiada pilihan maka ikan dan sayur sahaja yang dibeli pada setiap hari. Bertuahnya dimasa itu perkataan muak dan jemu tiada dalam kamus hidup. Arwah emak akan memasak untuk saya bawa bekalan kesekolah. Dengan adanya bekalan maka wang belanja sekolah pemberian arwah bapak sebanyak 20sen tidak dibelanjakan lalu dikumpul dan disimpan
didalam Buku Pejabat Pos. Pejabat Pos Bergerak yang datang membuka kaunter di Simpang Astana Raja sekali dalam seminggu akan memudahkan saya dan orang kampung berurusan. Wang biasiswa yang diperolehi juga kadang2 disimpan disini.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan