some one like you

Sabtu, 6 Julai 2013

Dari jendela kamar

Memandangkan rumah saya terletak bersebelahan dengan Surau Al Islah yang diberi keistimewaan mengadakan Solat Jumaat, maka setiap kali tiba waktu Solat Jumaat beginilah adanya. Bagi saya ia adalah satu kemeriahan..  

Petang 2 Ramadhan 1434H bersamaan 11 Julai 2013. Memandangkan lokasi Pasar Ramadhan berhampiran rumah saya maka bahang kesesakan lalu lintas pasti akan terasa..
  
Hari ini 7 Julai 2013 kedai perabut yang terletak bertentangan jendela saya mengadakan cabutan bertuah. Sepertimana tahun-tahun sebelumnya cabutan bertuah ini di adakan dua kali setahun iaitu pada setiap Julai dan Disember khas kepada pelanggan yang membuat pembelian RM1000 keatas akan diberikan satu kupon cabutan bertuah. Hadiah utama sebuah TV LCD jenama Panasonic 40 in. Persoalannya apa muslihat disebalik cabutan bertuah tersebut? 
  
Awan nampak begitu segar tanpa diselubungi jerebu. Terasa seperti mahu menunggang awan tetapi mahu kemana? Sebab itulah awan bukan untuk ditunggang..
Kesian wanita ini dipertakut-takutkan oleh si penunda kereta yang akhirnya terpaksa akur kereta beliau terpaksa di tunda ke bengkel penunda sedangkan kereta berkenaan masih boleh di hidupkan injinnya kerana kerosakkan hanya melibatkan bumper dan penutup bumper.
Kereta jiranku ditarik begitu sahaja tanpa diberi peluang menggunakan haknya sebagai penyewa.






Tang Dynasty, KK Jul 2013

Tang Dynasty, KK Jul 2013
Hujan malam..

1 ulasan: