Yang
turut menerima hukuman serupa ialah tiga pekerja Ladang Gadong milik lelaki
berusia 44 tahun itu iaitu T. Thilaiyalagan, 22, R. Matan, 23, dan R.
Kathavarayan, 33.
Kesemua
mereka menerima hukuman tersebut kerana membunuh Sosilawati, 47, pemandunya,
Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank
CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.
Keempat-empat
mangsa itu didakwa dibunuh di antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos
2010 di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini.
Hakim
Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak
pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang
dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam
penghakimannya setebal 16 muka surat, Hakim Akhtar menyatakan, beliau tidak
menemui sebarang alasan bahawa kesemua tertuduh tidak boleh disabitkan dengan
kesalahan ekoran tiada mayat ditemui.
Ujarnya,
bukti yang dikemukakan telah memenuhi elemen yang
diperlukan dalam membuktikan pertuduhan membunuh iaitu keempat-empat
tertuduh telah menyebabkan kematian Sosilawati dan tiga rakannya dan mereka
hanya mempunyai satu niat iaitu menyebabkan kematian dengan sengaja.
Kesemua bukti dalam kes ini jika dikumpul kesemuanya bersesuaian
dengan pepatah yang menyatakan orang mati tidak akan bercerita. Dalam kes ini,
tiga lelaki dan seorang wanita yang mati ‘menjerit’ sekuat hati melalui bukti senyap,
satu kisah ketidakjujuran dan penipuan dipacu dengan rasa tamak seorang lelaki
yang kerjayanya memperjuangkan kepercayaan dan kehormatan.
Penyangak
profesional ini amat sedikit namun mangsa mereka bukan sahaja yang miskin dan
kesempitan tetapi juga yang berkedudukan dan berkuasa.
Kes
ini merupakan bukti kepada satu plot yang keji dilaksanakan oleh seorang
penyangak profesional dan pengikutnya dengan sangat kejam," ujar Hakim
Akhtar.
Dalam
kes ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ishak
Mohd. Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd. Ghani, Siti Rohaida Che Hamid
dan Deepa Nair.
Kesemua
tertuduh diwakili peguam-peguam bela, Manjeet Singh Dhillon, Puspam Ratnam,
Gurbachan Singh, Amer Hamzah Arshad dan Hasshahari Johari Mawi.
Selepas
mahkamah berhenti bersidang, dilihat seorang wanita agak berusia mendekati
Thilaiyalagan yang sedang menitiskan air mata dan memeluk tertuduh kedua itu
sebelum mencium pipi lelaki itu dan berlalu pergi sambil menangis.
Tertuduh-tertuduh
lain dilihat tidak menunjukkan sebarang emosi.
Terdahulu
ketika menyentuh mengenai beban pembuktian, Hakim
Akhtar menyatakan, tanggungjawab tersebut terletak di atas bahu pihak
pendakwaan pada setiap masa dan peringkat kes.
Namun,
barisan pembelaan mempunyai tugas untuk memberi
penjelasan bagi menepis setiap bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan.
Menyentuh
mengenai pembelaan Pathmanabhan yang merupakan tertuduh pertama, hakim tersebut
menyatakan, tiada sebarang bukti menyokong bahawa dia telah pergi ke Subang
Jaya dengan dipandu oleh tertuduh keempat, Kathavarayan.
Sebaliknya,
Kathavarayan atau turut dikenali dengan nama Ravi menafikan keterangan itu dan
secara tidak langsung menyokong bukti pihak pendakwaan bahawa Pathmanabhan
telah pergi ke Subang Jaya dengan memandu kereta salah sebuah kereta mangsanya
dan ditemui tidak jauh dari tempat tertuduh itu bertemu rakannya.
Semasa
perbicaraan, mahkamah diberitahu kereta milik Ahmad Kamil ditemui di tempat
letak kereta Jalan SS12/1B, berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya pada
pukul 10.55 malam, 6 September 2010.
Tertuduh
pertama memberi keterangan bahawa dia mewakili Sosilawati dan seorang lelaki
bernama Rahman Palil dalam pembelian dua keping tanah di samping mengaut
keuntungan daripada transaksi-transaksi tersebut.
Tindakan ini bukan sahaja tidak beretika malah turut menjejaskan
sifat adilnya. Tertuduh mewakili Sosilawati dan Rahman Palil dalam transaksi
yang sama dan dengan berbuat demikian dia telah terperangkap di antara
kedua-dua mereka.
Adalah keterangan tertuduh pertama bahawa dia berat hati untuk
mengaturkan pertemuan di antara kedua-dua pihak. Bila terperangkap, tertuduh
pertama mengambil jalan mudah untuk keluar iaitu dengan menghapuskan salah
seorang daripada mereka dan malangnya salah seorang itu adalah Sosilawati.
Tiga
lagi yang menemani Sosilawati merupakan mangsa yang berada di tempat salah pada
waktu yang salah," kata hakim itu.
Artikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130524/ma_01/Pathmanabhan-3-lagi-dihukum-mati#ixzz2UB4cUXHg
©
Utusan Melayu (M) Bhd
Harta bertimbun menimbun diri kerana bertunjangkan sifat tamak..
BalasPadam