some one like you

Sabtu, 6 Julai 2013

6.7.2013 Kisah "Chu Ma"




Nama gelaran beliau adalah "Chu Ma" . Berusia awal enam puluhan. Hingga kesaat ini saya tidak tahu nama sebenar beliau (tetapi masih boleh di urus untuk mendapatkannya) walau pun berjiran. Diwaktu lapang beliau suka mendengar radio yang di buka kuat-kuat (nasib baik rumah beliau agak jarak dari rumah-rumah lain kalau tidak….) Antara lagu Hindustan yang digilainya yang saya sendiri tidak tahu apa tajuknya. Antara lirik lagu tersebut berbunyi “membeli roba ho..membeli roba ho”. Masih berstatus bujang. Yang pasti nama bapanya Arwah Kadir. Semasa hayatnya Arwah Kadir terkenal sebagai seorang yang pakar dalam membuat peralatan yang dibuat daripada buluh seperti hulu parang, raga ayam dan sebagainya. Anak kedua dari lima orang adik beradik. Beliau tinggal sendirian dirumah pusaka peninggalan arwah ibunya yang kini telah di ubahsuai menjadi lebih selesa untuk diduduki. Mengikuti kehidupanya "Chu Ma" beliau adalah seorang yang kuat bekerja. Dari sekadar berjalan kaki lalu berjaya memiliki sebuah basikal dan disaat ini beliau telah pun memiliki sebuah motosikal. Samada beliau memiliki lesen memandu atau pun tidak, itu tidak penting kerana kemudahan itu adalah lebih mustahak dari lesen itu sendiri untuk beliau bekerja menyara kehidupannya. Dari dulu bila tiba musim buah-buahan beliau akan mengelilingi kampung untuk menjaja buah-buahan. Antara buah-buahan tersebut ialah tampoi dibelakang rumah beliau yang berbuah lebat setip kali tiba musimnya. Pernah suatu masa beliau telah disingkirkan dari keluarga oleh ibunya kerana sedikit perselisihan faham. Beliau telah mendirikan sebuah pondok kecil di satu kawasan lapang tanah milik ibu beliau. Disepanjang penyingkiran itu apabila memasak saya setia mengadap beliau memasak dan makan. Menu utama beliau adalah ikan kembung masak asam pedas. Satu perkara yang sukar dilupa ialah beliau memang dari dulu memiliki otak business. Setiap kali ada program yang melibatkan orang ramai berkumpul beliau pasti akan berniaga. Ada sahaja bahan yang di niagakannya. Selain dari itu antara aktiviti business beliau semasa saya kecil ialah menjual "tikam". Tikam adalah sejenis permainan mencuba nasib. Beberapa nombor bertuah ditulis didalam kertas dan dilipat. Dengan bayaran serendah lima sen kiita akan mencabut kertas bernombor tersebut dan jika bernasib baik nombor kita akan memenangi hadiah berupa gula-gula, coklat, alat permainan, wang tunai dan lain-lain. Itulah dia serba ringkas kisah "Chu Ma" yang saya masih ingat. 



Pada hari raya kedua menyambut Hari Raya Aidilfitri 2013, akhirnya berpeluang melihat IC Chu Ma. Rupa-rupanya beliau berpengetahuan tentang kes penyalahgunaan IC oleh pihak ketiga kerana sebelum saya dapat mengambil gambar IC nya sempat beliau berkata "kalau bukan kau yang nak ambik gambar IC den tu memang den tak bagi doh" 


Lesen memandu Chu Ma..


Adik cuma bernama Baharin "Krik". Lekat gelaran krik kerana beliau suka menggeselkan gigi-giginya sehingga mengeluarkan bunyi krik-krik..


Dihadapan teratak Chu Ma..
 

Sempat mengambil gambar Mohammad Ali bin Yusof (Kortal)


Kortal Raya 1996

Kortal Mei 2024

Berita kematian Allahyarham Chu Ma 

Hari ini 20.12.2014 saya mendapat perkhabaran Chu Ma telah kembali ke Rahmatullah. Subuh yang tiada kedengaran suara Chu Ma melaungkan azan di surau Kampung Solok menyebabkan jiran pergi mencengah kerumah beliau dan mendapati telah meninggal dunia. Al Fatihah buat arwah. Amin..

Adik Chu Ma nama Baharin juga telah pergi. Dikhabarkan beliau meninggal dunia disuatu tempat di Negeri Pahang. Melalui alamat yang tertera pada IC beliau pihak berkuasa dapat mengesan asal usul beliau dan jenazahnya dapat dibawa pulang dan dikebumikan ditanah perkuburan Kampong Solok. Al Fatihah buat arwah. Amin..

Perkhabaran terbaru adik bongsu Chuma yang dipanggil "Said Tekoh" juga telah kembali kepada penciptanya. Dikabarkan meninggal dunia dirumah isterinya di Kampong Sawah Raja. Al Fatihah. 


2 ulasan:

  1. Hari ini 20.12.2014 saya mendapat perkhabaran Chu Ma telah kembali ke Rahmatullah. Subuh yang tiada kedengaran suara Chu Ma melaungkan azan di surau Kampung Solok menyebabkan jiran pergi mencengah kerumah beliau dan mendapati telah meninggal dunia. Al Fatihah buat arwah. Amin..

    BalasPadam
  2. Adik Chu Ma Baharin juga telah pergi. Dikhabarkan beliau meninggal dunia disuatu tempat di Negeri Pahang. Melalui alamat yang tertera pada IC beliau pihak berkuasa dapat mengesan asal usul beliau dan jenazahnya dapat dibawa pulang dan dikebumikan ditanah perkuburan Kampong Solok. Al Fatihah buat arwah. Amin..

    BalasPadam