some one like you

Isnin, 29 April 2019

29.4.2019 Kisah basikal


Selesai joging di Taman Rekreasi Seksyen 7 Bandar Baru Bangi berborak dengan seorang kanak2 mungkin berusia 5 atau 6 tahun mengenai basikal jenama Lerun yang baru dibeli oleh ibu/bapanya. Saya bertanya berapa harga basikal tersebut dan dengan penuh yakin lagi selamba dia menjawab "RM57.00 pakcik". Saya percaya namun apabila di google harga basikal tersebut ialah RM369.00. Rupa2nya saya ketinggalan zaman mengenai harga terkini basikal2 yang berlambak dipasaran ketika ini. 

Kisah basikal ini menyingkap kenangan saya dihadiahkan sebuah basikal jenama Raleigh oleh arwah bapak kerana berjaya mendapat kedudukan terbaik didalam kelas semasa di darjah satu (Tahun 1966) di SKAR. Betapa bangga kerana dizaman itu bukan senang untuk mendapat hadiah penghargaan dari keluarga. Mungkin satu dalam seribu yang mendapat penghargaan sebegitu. 

Hari berganti bulan dan lama kelamaan tayar dan tiub basikal tersebut telah terbang entah kemana. Tiada siapa yang ambil peduli untuk menggantikan tayar dan tiub yang telah tiada itu. Memang kebiasaan jika tayar basikal yang ditunggang tidak berangin sudah pasti lama kelamaan tayar dan tiub basikal tersebut akan hancur. Hakikatnya basikal tersebut berfungsi dengan baik kecuali tiada tayar dan tiub sahaja. Bermakna perbelanjaan untuk membaikinya adalah murah sahaja tetapi kenapa tiada usaha untuk membaikinya? 

Suatu petang dalam cuaca hujan yang agak  lebat, sambil bermain hujan dan mengayuh basikal yang tiada tayar dan tiub berhampiran dengan rumah saya, arwah Pak Andak yang baru balik dari kebunnya telah menegur saya kenapa dibiarkan basikal tersebut sebegitu rupa sedangkan ia boleh dibaiki, mungkin andaian beliau jika dibiar begitu lama2 basikal tersebut akan lebih teruk, lalu beliau meminta basikal tersebut dari saya. Tanpa memikirkan risiko perbuatan tersebut saya terus memberikan basikal itu kepada arwah Pak Andak. 

Memang betul ramalan saya Pak Andak telah membaiki basikal tersebut dan hampir setiap hari saya terlihat anak2 beliau menunggangnya. Yang peliknya saya tidak sedikit pun merasa terkilan atau bersalah kerana memberikan secara percuma kepada Pak Andak. Baik hati sangatlah konon. 

Tidak beberapa lama kemudian suatu malam arwah bapak telah bertanyakan saya dimana basikal hadiah pemberiannya tempohari lalu saya menjawab telah diambil oleh arwah Pak Andak. Pada malam itu juga dengan mengeluarkan suara beramaran arwah bapak telah mengarahkan saya untuk mengambil semula basikal tersebut dari rumah arwah Pak Andak di Bukit Serajin. 

Dalam keadaan menangis saya berjalan kaki seorang diri menuju rumah arwah Pak Andak di Bukit Serajin untuk mengambil semula basikal saya. Takut saya kepada kemarahan arwah Bapak melebihi dari takut menempuh malam yang gelap seorang diri. Dalam perjalanan hati saya berkata2 bagaimana kalau Pak Andak tidak mahu memulangkan semula basikal saya? Jika begitu matilah saya. Apa saya hendak jawab kepada arwah bapak nanti? 

Sampai dirumah arwah Pak Andak di Bukit Serajin, dalam keadaan masih menangis saya memberitahu arwah Pak Andak tujuan saya datang.

Alhamdulillah mungkin arwah Pak Andak faham tentang situasi yang berlaku, tanpa banyak soal dia  memulangkan semula basikal tersebut kepada saya dan saya terus menunggangnya balik kerumah. Dirumah saya tidak memaklumkan apa2 perkembangan kepada arwah bapak kerana masih dibelenggu perasaan takut dan selepas peristiwa itu arwah bapak tidak pernah bertanya lagi tentang  hal2 basikal bertuah tersebut.

Akhirnya basikal tersebut tersadai begitu jua dibawah rumah kerana mengalami kerosakkan dan dimana basikal itu berada sekarang saya pun tidak pasti. Jika saya tahu pasti saya akan mencarinya sampai dapat dan sanggup membelinya walau berapa harga yang ditawarkan. Kerana apa? Kerana ia adalah  basikal bertuah!  

Inilah contoh bentuk basikal tersebut dengan rim bersaiz 24". Ia agak comel berbanding dengan basikal biasa yang mempunya rim bersaiz 26".


            Basikal Lerun milik kanak2 yang saya temui di Seksyen 7 BBBangi.









https://nostalgiabasikaltua.wordpress.com/tag/raleigh/









27.4.2019 NATURA RUN FOR HOPE 2019 


Rabu, 24 April 2019

24.4.2019 Berhati2 dengan alat ganti tiruan


https://www.jackyyong.com/wp/genuine-vs-fake-toyota-long-life-coolant

  1. Tiger says:
    I stopped buying from spare part shops since I don’t know how to differentiate genuine vs imitation. I get all stuffs from authorised service centre and motor oil from petrol stations.
  2. karl says:
    its not malaysia la who had it faked..they only do the printing..the rest u know la
  3. Jai TurboBee says:
    Thank you for the valuable info Jacky.. never thought it will be in our market… demmm bad seller……
  4. izham says:
    thanks for sharing bro ðŸ™‚ nice post .. spread the words~! protecting our community from fake n low quality product!
  5. Tan says:
    Hi Jacky. The aluminium foil genuine is got word printed on top. The rest you share are accurate.
  6. […] Automotive Parts How to differentiate between genuine and fake toyota long life coolant Source: Genuine vs Fake Toyota Long Life Coolant […]
  7. Fiziee says:
    Thanks jacky😀
  8. Nik says:
    Thank you so much admin for sharing..

Tambahan maklumat



24.4.2019 Service Honda Wave


Asal usul Wave. Pembelian 2nd hand melalui mudah.com pada Januari 2012.


Sembilan tahun berlalu major service perlu buat.
Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Akhirnya
Resit bukan sekadar resit. Jika dinilai dari tulisan dapat dibuat andaian bahawa penulis bukan bersekolah tinggi. Mungkin sekadar mampu membaca dan menulis a hingga z. Begitulah kebanyakkan tokeh2 kedai motor ramai yang tidak mampu menulis dengan baik sebab dikalangan mereka mula bertapak hanya sebagai "tukang cuci sekeru" dikedai2 membaiki motor setimpal dengan pendidikan akademik yang mereka ada. Mereka belajar dari pengalaman kerja untuk menimba ilmu. Paling lama mereka bekerja sebagai "kuli" satu hingga dua tahun. Selepas tempoh itu setelah modal mencukupi mereka akan mencari jalan membuka perniagaan sendiri.  

Isnin, 22 April 2019

22.4.2019 Hingan Auto Parts Sdn. Bhd.


Kadang2 bila kita memandu memasuki ruang parking ada kala boleh terlajak sehingga menyebabkan terkena undercarriage cover dan mengakibatkan beberapa clip pemegang undercarriage berkenaan akan tercabut atau pun patah. Amat bernasib baik jika sekadar tercabut sebab boleh dipasangkan semula tetapi jika patah maka kenalah beli penggantinya.
Ada dua jenis clip yang digunakan. Satu darinya berharga RM10/unit dan satu lagi RM4/unit. Dari pengalaman yang dilalui menggunakan clip yang berharga RM4 sudah memadai kerana lubang clip tersebut sesuai untuk kedua2 jenis clip jadi mengapa kita perlu membazir wang membeli clip yang berharga RM10.




 
Clip tersebut boleh dibeli di kedai berikut:-


Dari A hingga Z alat ganti kereta Honda yang original ada dijual disini.


Dengan harga yang lebih rendah dari yang ditawarkan oleh Honda Service Centre.


Memandangkan harga yang lebih murah lalu mengambil kesempatan membeli cabin aircond filter berikut:-


Sabtu, 20 April 2019

20.4.2019 Cara terbaik baiki kebocoran paip

 Tengah tunggu idea Yadi tanpa perlu memecahkan tile.




Memang tiada pilihan kecuali kena pecahkan 4 keping tile (Nasib baik tile jenis kecil)





Setelah siap dengan upah RM150




20.4.2019 Rumah Zizah

Bertambah sebiji lagi rumah di Kampung Solok. 








11.5.2019 Siap sudah rumah Zizah dan penyerahan oleh kontraktor Hj. Idris










Bergambar bersama Kortal (Abang ketiga Zizah) dihadapan rumah baru Zizah

Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)
yang tular di Media Sosial baru-baru ini adalah syarat lama. Nah admin kongsikan syarat baru untuk semua. Tetap berbaloi untuk kita dapatkan bantuan kerajaan Malaysia yg sangat prihatin kpd rakyatnya
Bermula pada pertengahan tahun 2015, terdapat perubahan pada syarat bagi permohonan RMR1M. Harga rumah kekal RM65k. Subsidi kerajaan kekal RM20k. Baki RM45k perlu dibuat pinjaman dengan pihak SPNB Dana Sdn Bhd (salah satu anak syarikat SPNB) dengan kadar faedah sebanyak 7.1%.
Disini terdapat satu lagi subsidi kerajaan dalam bentuk kadar faedah sebanyak 2.0% bermakna hanya 5.1% kadar faedah dikenakan kepada yang memohon. Bayaran bulanan sebanyak RM270 selama 25 tahun tempoh pinjaman.
Berkenaan cara atau kaedah untuk memohon RMR1M, borang boleh diisi di Pejabat Ahli Parlimen, Pejabat Adun, Pejabat UMNO Bahagian atau secara online.
Bagi rekabentuk rumah, kebanyakkan rekabentuk yang lama sudah tidak ditawarkan. Untuk mendapatkan kepastian berkenaan rekabentuk pemohon boleh berhubung dengan Pejabat SPNB di setiap negeri masing-masing.
*dilampirkan brochure terkini SPNB Mesra Sdn Bhd - RMR1M