1981 - Pembukaan Cawangan Shah Alam, Kem. Perdagangan & Perindustrian (KPP). Kerja2 mengemas semua DIY. Antara cawangan terawal KPP dibuka. Terletak ditingkat 2, Kompleks PKNS. Antara jabatan yang menyewa disini ialah MPSA dan JPJ. Membeli Honda C90. Harta pertama gaji sebagai penjawat awam.
1983 - Membeli Daihatsu Charade model CS 993cc dengan harga diatas jalan kira2 12k. Mengguna kemudahan pinjaman kenderaan kerajaan berjumlah 12k. Tidak perlu tokok tambah terus dapat sebiji kereta. Antara model dengan harga terendah disamping Nissan Langley 1.0cc. Beberapa part telah di upgrade untuk dijelmakan menjadi model CX. Rim pula adalah dari model turbo. Warna kulit juga telah disalin kepada warna signal red. Tinggal di Apartment Seksyen 24, Shah Alam. Keluar masuk menggunakan pintu dapur. Menduduki tingkat bawah memang menyeronokkan terutama dalam bab mencuci kereta. Kereta berkilat 24 jam. Pengalaman tatkala saluran najis tersumbat amat memedihkan. Bayangkan ketulan2nya berapungan dikawasan dapur.
Steering dan dashboard.
1988 - Membeli Proton Saga 1.5. Harga kereta ini di atas jalan kira2 RM18k. Ketika ini pembelian kereta2 Proton akan mengambil masa berbulan2 untuk memilikinya kerana tempoh menunggu yang panjang disebabkan tempahan yang begitu banyak dari bakal pembeli. Pilihan yang ada ialah menggunakan nama staff Proton/EON untuk membuat pembelian dengan jangkamasa menunggu yang agak singkat dengan sedikit potongan harga. Terima kasih.
Mazda Familia - Kategori kereta sejuk di Malaysia kerana second hand value yang tidak masuk akal. Jelmaan Mercedes 190E konon.
Proton Wira. Kereta yang terbukti berkualiti. Hampir 10 tahun menggunakannya prestasinya amat membanggakan kerana tidak pernah mengalami kerosakkan terutama air-cond yang sentiasa sejuk tanpa melakukan servis selama tempoh 10 tahun. Pembeli kereta ini telah melakukan penukaran tempat duduk spec 1.6 walaupun kereta belum bertukar tangan.
Ruang iklan akhbar Malay Mail menjadi tumpuan utama pembaca yang ingin mencari kereta terpakai.
WJT ????
Menggunakan rim 16" Proton Perdana.
Proton Waja. Hanya iklan yang jadi bukti pemilikan kereta ini. Peristiwa mengejar pemandu "kurang ajar" di Bukit Tuanku menjadi sebab kereta ini dijual. Masalah pertama yang dihadapi ialah kabel power windows nya "tercabut/putus" kerana menggunakan bahan yang tidak berkualiti.
Era gila Civic bermula..tu pun dah kira terlambat..
25.3.2004 Sesuatu yang tidak dirancang. Meneman rakan jalan2 cari kereta lalu terserempak dengan Civic ini. Tarikan mileages yang rendah dan dimiliki oleh warga emas "kaya" tanpa memberi ruang kepada banyak pertimbangan yang perlu diambil kira lalu membuat keputusan membeli kereta berkenaan. Faktor Waja juga menjadi punca mengmbil keputusan membeli kereta ini.
Honda Civic EJ7 keluaran tahun 1999 seiring dengan impian untuk memiliki EK4.
Honda City. Jun 2014 hingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan