Melalui iklan shop apartment untuk disewa RM650/bulan di dalam mudah.com seorang mamat berminat untuk menyewa dan temujanji dibuat untuk melihat rumah, perundingan dan pembayaran. Semasa rundingan simamat bersetuju dengan bayaran RM650 (Sewa bulan semasa) + RM200 (deposit api dan air) sedangkan untuk penyewaan biasa penyewa akan dikenakan bayaran 2 bulan deposit + sewa bulan semasa + RM200 deposit api dan air dengan jumlah besar sebanyak RM2150. Memandangkan simamat tiada cash (satu lakunan) bayaran hanya dibuat sebanyak RM400 dan baki RM450 akan dimasukkan melalui ATM pada petang hari tersebut.
Sehingga kepetang, malam dan petang keesokan harinya simamat masih tidak memasukkan baki deposit/sewa sebanyak RM450 dan tiada maklumbalas diterima melalui whatsapp yang dihantar.
Akhirnya simamat diberikan amaran samada hendak meneruskan sewa dan melunaskan baki bayaran atau sebaliknya. Amaran melalui whatsapp dijawab oleh mamat dengan ayat "kalau encik dah terpakai duit tu mengaku jela.."
Agak membara jiwa dengan jawapan simamat wang deposit/sewa sebanyak RM400 terus dipulangkan semula keakaun simamat dan persetujuan sewa terbatal. Bila simamat mendapat semula wang deposit/sewa RM400 tersebut terus simamat menghantar whatsapp berbunyi "mintak maaf la ye arini mintak duit pun sb dpt dah rumah yang xde deposit di damai...syukur dpt owner yang ada budi bahasa..."
Sambil tersenyum tanda lega kerana..
1. Terlepas dari beban menerima seorang penyewa yang bersifat sedemikian rupa diawal perjanjian sewa bayangkan jika simamat dah masuk rumah bagaimana sukarnya hendak menuntut wang sewa dari simamat ni..
2. Malangnya nasib si tuanrumah sewa yang membenarkan simamat ini menyewa rumah tanpa deposit..
3. Tidak mendesak simamat ini untuk melunaskan bayaran sekali gus telah dicop sebagai tiada budi bahasa..
4. Bayangkan beza bayaran yang diminta berbanding tuanrumah lain (RM2150 - RM400 = RM1750 perbezaan)
5. Masih adakah dizaman ini tuanrumah tidak mengambil deposit
6. Hendak mendapatkan baki RM450 begitu sukar bagaimana jika melibatkan jumlah yang lebih besar?
Harap2 simamat mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku kerana Allah memberikan otak untuk berfikir secara bijak dan biasanya peluang terbaik hanya datang sekali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan