Saja hendak merasa menaiki electric scooter di Taman Botani dengan kadar bayaran RM30 bagi jangkamasa setengah jam bagi perjalanan lebih kurang tiga kilometer. Dengan kadar sewa yang agak mahal tidak setimpal langsung dengan perkhidmatan yang diterima. Dengan keadaan scooter yang telah agak usang memang sudah diduga sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Lebih kurang 15 minit tunggangan scooter tiba2 terhenti kerana kehabisan kuasa bateri yang dilihat dari petunjuk bateri pada papan meter scooter. Paling teruk keadaan tayar scooter yang kurang angin menyebabkan hilang keselesaan menunggang kerana ibarat duduk diatas batu. Sungguh memalukan pada pandangan pengunjung kerana ketara pengusaha hanya mementingkan keuntungan dari kepuasan pengunjung menunggang scooter berkenaan.
Begitu juga dengan keadaan kereta mainan kanak2 dengan kadar sewa RM15 bagi 20 minit pemanduan. Tidak sampai 10 minit pemanduan bateri kereta telah habis dan masa 20 minit habis begitu sahaja. Sama seperti pengusaha scooter pengusaha kereta kanak2 ini ketara sangat hanya mementingkan keuntungan semata2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan