some one like you

Sabtu, 20 April 2019

20.4.2019 Rumah Zizah

Bertambah sebiji lagi rumah di Kampung Solok. 








11.5.2019 Siap sudah rumah Zizah dan penyerahan oleh kontraktor Hj. Idris










Bergambar bersama Kortal (Abang ketiga Zizah) dihadapan rumah baru Zizah

Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)
yang tular di Media Sosial baru-baru ini adalah syarat lama. Nah admin kongsikan syarat baru untuk semua. Tetap berbaloi untuk kita dapatkan bantuan kerajaan Malaysia yg sangat prihatin kpd rakyatnya
Bermula pada pertengahan tahun 2015, terdapat perubahan pada syarat bagi permohonan RMR1M. Harga rumah kekal RM65k. Subsidi kerajaan kekal RM20k. Baki RM45k perlu dibuat pinjaman dengan pihak SPNB Dana Sdn Bhd (salah satu anak syarikat SPNB) dengan kadar faedah sebanyak 7.1%.
Disini terdapat satu lagi subsidi kerajaan dalam bentuk kadar faedah sebanyak 2.0% bermakna hanya 5.1% kadar faedah dikenakan kepada yang memohon. Bayaran bulanan sebanyak RM270 selama 25 tahun tempoh pinjaman.
Berkenaan cara atau kaedah untuk memohon RMR1M, borang boleh diisi di Pejabat Ahli Parlimen, Pejabat Adun, Pejabat UMNO Bahagian atau secara online.
Bagi rekabentuk rumah, kebanyakkan rekabentuk yang lama sudah tidak ditawarkan. Untuk mendapatkan kepastian berkenaan rekabentuk pemohon boleh berhubung dengan Pejabat SPNB di setiap negeri masing-masing.
*dilampirkan brochure terkini SPNB Mesra Sdn Bhd - RMR1M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan