some one like you
Jumaat, 15 Mei 2020
Melukis komik tetapi tidak pernah diterbitkan
Tidak pasti kenapa tidak diterbitkan. Mungkin tiada komunikasi dengan syarikat pencetak. Menghantar surat tidak pernah mendapat jawapan. Menghubungi melalui telefon jauh sekali kerana kadar bayaran telefon yang tidak mampu dibayar. Cerita komik yang dilukis banyak berkisar tentang kepahlawanan (Bagak). Mungkin banyak terpengaruh dan terikut2 dengan komik cerita Tarzan yang disiarkan melalui akhbar utusan melayu/zaman ketika itu. Menghantar komik2 yang telah siap dilukis dengan hanya berpandukan alamat syarikat pencetak yang dicetak pada komik2 pelukis lain yang pernah diterbitkan. Nak dikata hilang tidak mungkin kerana menghantar dengan mengguna pos berdaftar yang dilakukan di Wakil Pos Kedai Hj. Daud, Astana Raja. Mungkin juga tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kerana minat, banyak modal dikeluarkan untuk bayaran pos berdaftar, pen, berus, kertas dan dakwat tapi hasilnya tidak pernah dapat dilihat. Beginilah nasib budak kampung, ada bakat tapi tak bawak kemana. Pernah mendapat tawaran kursus A&D di UITM Cawangan Sura Gate, Dungun (Dulu ITM), tetapi kerana dizaman itu semua perlu dilakukan sendiri, saya hilang keberanian ditambah suatu tempat yang begitu jauh bagi saya.
Surat khabar jawi Utusan Melayu
Tahun 60an hingga 70an bapak memang menjadi pelanggan dan pembaca tetap akhbar jawi Utusan Melayu. Akhbar mingguan pula dinama Utusan Zaman. Berharga lebih kurang 20 sen sahaja. Dibeli secara langganan bulanan dari kedai keling Rahim di Astana Raja. Bapak arahkan saya untuk uruskan bayaran pada setiap bulan. Saya yang akan mengambil akhbar berkenaan dari kedai Rahim apabila balik dari sekolah. Kesan dari langganan akhbar jawi tersebut kami adik beradik mampu membaca tulisan jawi dengan lancar. Disamping itu kami berpengetahuan tentang berita2 semasa negara dan dunia. Berita yang sering disiarkan ketika itu ialah berita tentang perang antara Isreal dan Palestin, Bukit Golan, Monshe Dayan yang bermata lanun, Richard Nixon, Henry Kissinger dan lain2 lagi. Ntah apa mimpi saya suatu hari saya telah memandai2 menukar melanggan Utusan Melayu (Jawi) kepada Utusan Melayu (Rumi). Mula2 bapak tidak tegur tapi suatu hari keluar dari mulut dia "Pandai2 tukar bayarlah sendiri". Hari2 seterusnya saya tidak lagi berani memandai2 menukar sesuatu yang bapak telah tentukan. Selain kisah melanggan surat khabar, ada banyak lagi cerita tentang kedai Rahim. Setiap bulan saya akan disuruh oleh Rahim mengira hutang semua pelanggan dia. Tiada kalkulator lagi masa tu. Saya tidak pernah merungut walau pun tiada upah. Kesannya saya menjadi seorang yang bagus dalam pelajaran ilmu hisab ketika itu. Kedai Rahim satu2nya kedai yang menjual komik ketika itu. Sebagai hantu komik, kedai Rahim telah menjadi sasaran hantu komik saya. Telah lama saya sedar itu merupakan satu kesalahan.
Richard Nixon 1969 - 1974
Henry Kissinger 1973 -1977
Monshe Dayan 1967 - 1974
Berhimpit ke Kuala Lumpur
Sekitar tahun2 60an, kereta Angah Omar (Suami Angah Iyam, kakak arwah emak) adalah seperti gambar diatas, dikenali sebagai Austin Mini Countryman Estate, berwarna merah keluaran tahun 1964 dengan nombor pendaftaran AD 5363(?). Angah Iyam mempunyai anak angkat dipanggil Kak Esah. Mereka kerap juga balik kekampung Solok bagi menziarahi saudara mara. Memandangkan ada banyak ruang tempat duduk kereta yang kosong semasa mereka hendak balik ke KL, mereka akan mempelawa kami untuk ikut sama. Ketika itu Angah Omar bekerja sebagai juruteknik (?) di Ibu Pejabat Lembaga Letrik Negara (LLN) yang terletak di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Mereka tinggal menyewa di Kampung Haji Abdullah Hukum yang terletak diseberang jalan berhadapan pejabat LLN. Saya biasanya akan ditempatkan dibahagian belakang ruang barang kereta mereka berhimpit sekali dengan barang dan beg pakaian mereka. Memang tidak terfikir langsung tentang keselesaan. Apa yang penting kami dapat pergi ke Kuala Lumpur. Tidak berapa kemudian Angah Omar berpindah ke LLN di Tanjung Keling, Melaka. Disini kami sering juga dipelawa datang menginap dirumah mereka berupa sebuah kuarters jenis banglo terletak diatas sebuah bukit berhampiran dengan Pantai Tanjung Keling. Selepas Angah Omar meninggal dunia dan dikebumikan di Melaka, Angah Iyam berpindah ke Jalan Abu Samah, Hulu Klang (Rumah sewa milik Induk?). Disebelah rumah ini disewa oleh seorang pekerja bank yang memiliki kereta Honda Life iaitu kereta jenama Honda yang pertama diedarkan di Malaysia. Di alamat ini Angah Iyam membuka sebuah kedai runcit. Bila musim cuti sekolah, saya kadang2 akan datang menginap dirumah beliau sambil membantu Angah Iyam menguruskan perniagaanya. Setiap hari selepas subuh Angah Iyam dengan menaiki bas Len Seng (170) akan ke Pasar Besar Kuala Lumpur (Sekarang Central Market) untuk membeli barang2 jualan seperti ikan, sayur2an dan barang2 runcit yang lain untuk dijual dikedai runcitnya. Memesin kelapa, membersih kedai dan membantu menjual sayur2an dan ikan adalah tugas tetap saya di runcit Angah Iyam. Sekurang dapat juga menimba pengalaman menjual ikan, sayur dan barang2 runcit yang lain sehingga saya mampu menghafal harga timbangan kati setiap satu barang tersebut. Tidak berapa lama kemudian Angah Iyam menutup perniagaanya dan berpindah ke Lot 1164C, Jalan Haji Mokhtar, Hulu Klang lalu mendirikan sebuah rumah dialamat ini. Sekarang penempatan ini telah tiada lagi kerana proses pembangunan. Semua penduduk telah diarahkan berpindah kesuatu penempatan baru di kawasan Sungai Sering, Hulu Klang. Segalanya tinggal kenangan.
Khamis, 14 Mei 2020
Kampung Haji Abdullah Hukum, Jalan Bangsar
Mendapat tawaran sebagai Pelatih Pegawai Kadet Tentera (1978)
Surat tawaran dilampirkan sekali dengan waran tiket keretapi Tampin - Seremban. Dari kampung menaiki bas ke Stesyen Keretapi Tampin lalu ke Stesyen Keretapi Seremban. Sampai di Stesyen Keretapi Seremban telah siap menunggu beberapa orang tentera. Semasa perbarisan di stesyen keretapi ini, bermulalah episod maki hamun keatas kami semua. Dari sini menaiki trak tentera ke Kem Tentera Darat Port Dickson. Sampai dikem ini kami ditempatkan beramai2 di satu dewan asrama. Dikeliling asrama kelihatan kayu2 balak tertulis nama pelakun2 terkenal seperti Sarimah, Nor azizah dan lain2. Difahamkan kayu tersebut diguna dalam latihan dan hukuman. Kenapa tertulis nama seniwati2 terkenal? Mungkin untuk menaikkan semangat! Pada sebelah malam mula diadakan pemeriksaan kesihatan termasuk gigi. Saya menjangkakan akan gagal dalam pemeriksaan ini terutama berkait gigi (Gigi budak kampung) lalu meninggalkan kem tersebut. Tanpa maklum kepada keluarga dikampung, cabut ke KL dengan niat dan harapan mencari rumah sewa rakan sekampung di Kampung Haji Abdullah Hukum, Jalan Bangsar. Panduan hanya berbekalkan Kilang Lever Brothers dan surau Kampung Haji Abdullah Hukum. Sampai disana hari telah gelap (mungkin 10 malam) turun bas Sri Jaya meredah Kampung Haji Abdullah Hukum, nasib baik bertanya tempat yang betul. Akhirnya dapat juga ditemui rumah sewa sahabat2 kampung tersebut lalu bermulalah jalani hidup sebagai setingan Kampung Haji Abdullah Hukum. Memang amat padat kawasan ini. Bekalan air diperolehi dari sumber satu paip dikongsi beramai2 dengan mengguna paip getah. Bergaduh berebutkan air, mencabut getah paip getah jiran yang sedang menadah air menjadi punca pergaduhan. Bunyi keretapi lalu lalang telah menjadi lumrah kerana rumah sewa berkenaan terletak ditepi jalan keretapi. Kadang lalui suasana banjir hingga ada barang yang tenggelam. Bila banjir kami semua lari ketempat tinggi yang terletak ditepi Jalan Bangsar sambil memerhati rumah ditenggelami air. Perit getir membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur selepas banjir surut adalah suatu yang amat memenatkan. Menjemur barang2 yang basah yang sempat diselamatkan menyebabkan atap rumah penuh dengan barang2 yang dijemur.
Dapat kerja sebagai kerani sambilan di Ibu Pejabat Felcra, Bangunan MISC, Jalan Conlay off Jalan Raja Chulan, Kuala lumpur. Dibayar gaji hari RM12/hari. Ada kerja ada gaji. Andai 25 hari bekerja dapatlah RM300 belum ditolak itu ini. Kadang kerana tidak ada duit pernah berjalan kaki dari Klang Bus Stand (Toshiba) ke Jalan Conlay melalui Telekom menyusur Jalan Raja Chulan. Kadang singgah di Wisma Budiman, Wisma Steven, Cold Storage/Weld, Fitzpatrick Supermarket, Wisma Boustead (tempat tunggu bas) dll. Jika hari cuti makan sekeping roti canai bagi menampung makan tengahari dan malam. Kadang dapat upah nasi bungkus kerana tolong belikan nasi untuk rakan2 yang tengah "berjuang". Kadang dapat pinjam dari rakan2 yang memang loaded kerana bekerja sebagai peredah hujan memasang talian LLN. Tempat makan ialah di Jalan Riong/Liku. Disinilah tempat makan harian terutama disebelah malam yang memang ramai pengunjung terdiri dari staf NST. Disini jugalah saya makan roti canai yang memang terkenal ketika itu. Pasar malam pula terdapat di Bukit Bangsar. Tempat membeli barang2 runcit pula di kedai Azmi.

Majilis menegak rumah
Tahun 60an, apabila rumah baru hendak dibina seseorang akan dipanggil untuk untuk menentukan tapak yang sesuai. Biasanya orang kampung akan dipanggil untuk bersama2 menegakkan ibu rumah.
Membeli barang keperluan
Tak pasti kekerapan bapak beli barang keperluan. Sebulan dua(?) kali mungkin. Barang dibeli dikedai Ah Kow di pekan Kota. Antara barang dibeli ialah susu cap tekoh 6 tin, sabun sunlight 1 batang, serbuk teh, biskut lemak 1 tin, gula, tepung, jagung ayam, sabun lux dan bermacam2 lagi. Semua barang akan dimasukkan dalam guni putih dan diikat. Memang penuh satu guni tersebut. Sampai dirumah kami sama2 membuka guni tersebut. Yang seronok bila hari raya menjelang bapak akan membeli beranika mercun dan bunga api. Memang banyak. Malam raya akan ada "takbir" dari rumah kerumah. Mercun dan bunga api tersebut akan dibakar bila tetamu sampai untuk bertakbir. Meriah sekali.
Susu tea pot dulu2 gambar tea pot kecil sahaja dengan background berwarna putih
Sebungkus sabun sunlight mengandungi 5/6 buku (?). Bila hendak diguna kena potong guna pisau/parang
Sekali beli enam buku
Dipanggil biskut lemak. Dulu2 tin dia tidak ada cermin. Cicah teh susu waktu petang. Kadang2 ada urusniaga. Sepuluh sen sepuluh keping
Dapur dan reban ayam
Dulu2 dinding dapur dibuat dari zing sebelum ditukar kepada dinding kayu. Dipintu dapur ditempatkan tempayan air diguna untuk membasuh kaki. Disudut kanan dapur tersebut ditempatkan tong yang dibuat dari pembetung. Ditepi dapur terdapat reban ayam. Memang banyak ayam dibela. Bila bapak membeli barang keperluan mesti ada jagung ayam. Keluarga memakan ayam sebulan sekali sahaja. Banyak yang dijual kepada "Ahmad Ayam". Penjualan biasa dilakukan diwaktu malam supa mudah menangkap ayam yang sudah masuk reban. Terfikir nape perlu fijual sedangkan kalau disembelih dan dimakan seisi keluarga lebih berbaloi. Bila tiba masa nak makan daging ayam, ayam akan dikejar ramai2 untuk menangkapnya.
Kayu gambir (Benarkah?)
Tahun 60an sebelum menggunakan dapur minyak tanah semua orang kampung menggunakan dapur tunku (?). Dapur tunku ada dua jenis. Ada yang jenis diletakkan dilantai dan satu lagi jenis atas dan bertiang. Setiap tunku mesti ada teropong (?) untuk digunakan sebagai alat penghembus supaya api mudah hidup. Bila mengguna dapur tunku mesti kena ada kayu api.
Antara kayu api yang popular dikalangan orang kampung ialah kayu gambir. Tidak seperti kayu getah, kayu gmbir ini tahan berpuluh2 tahun. Contoh pasung dan kayu gambir yang ditunjukkan sudah berusia lebih 50 tahun. Ia tetap tahan dan tidak mereput. Bara kayu gambir pun lebih tahan dari kayu lain. Semasa saya kecil saya kerap mengikut mak mencari kayu api. Kadang2 pergi kekebun getah mencari pohon dan ranting kering yang gugur. Kayu getah akan dipotong pendek lalu diikat dan dijunjung dikepala untuk dibawa balik kerumah. Kayu yang besar dan panjang dipikul dibahu dan akan dipotong mengguna gergaji bila sampai dirumah. Biasanya orang kampung akan keluar beramai2 bila tiba masa untuk mengutip kayu gambir yang banyak terdapat di tanah lesen. Kayu gambir yang dikumpul biasanya masih hidup. Satu yang jadi kenangan saya ialah mak kalau memotong kayu api mesti mengguna kayu pengukur bagi mempastikan kayu yang dipotong sama panjang. Tidak heran bila kayu tersebut disusun di dalam pasung akan nampak kemas dan rapi.
Pada awal tahun 60an ada satu kawasan di tanah lesen akan dijadikan tempat menghantar makanan. Makanan berupa kambing, darah kambing, ayam putih dan beberapa hidangan lain akan diletakkan diatas para yang dibuat dari buluh dan ditinggalkan dikawasan berkenaan. Ia menjadi acara tahunan kepada penduduk kampung. Itu dulu, zaman dah dah berubah.

Ahad, 10 Mei 2020
Perigi pembetung dan pam air (Pitcher pump)
Contoh perigi pembetung
Saya tidak ingat bila perigi mula digunakan oleh keluarga kami dan jiran2 sekeliling. Seingat saya semasa saya kecil saya selalu mengikut mak kesungai untuk membasuh kain dan mandi. Tidak pasti samada perigi telah wujud pada waktu itu atau sebaliknya.
Ada dua perigi yang sering digunakan oleh keluarga saya dan jiran2 sekeliling. Satu darinya ialah perigi Arwah Induk Iyah dan satu lagi perigi pembetung yang diusahakan oleh bapa saya. Perigi Arwah Induk Iyah punya sejarahnya tersendiri kepada penduduk sekitar. Perigi tersebut dipenuhi dengan ikan sembilang. Difahamkan dari penduduk, rasa daging ikan sembilang tersebut ada rasa sabun sebab hari2 ikan tersebut memakan sabun. Oleh sebab itu tiada siapa yang menangkap ikan sembilang tersebut sehingga jumlahnya beratus2 ekor hidup didalam perigi itu. Memandangkan pada masa itu ada rumah penduduk yang tidak mempunyai kemudahan tandas, maka kawasan anak air ditepi perigi telah dijadikan "tandas jadian" (haha).
Berbalik kepada kisah perigi pembetung, perkataan yang biasa digunakan bagi menyebut kemudahan ini dalam loghat Negeri Sembilan ialah "pigi pombothung". Ukuran lebar bagi setiap pembetung ialah lebih kurang enam kaki dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Keliling perigi ini telah didirikan dinding zing bagi keselesaan menggunakanya.
Ada sedikit sejarah yang saya perolehi dari Abang Ismail Abu Samah berkaitan pembinaan perigi pembetung ini.
[1:02 am, 23/03/2024] Ismail Alang Solok: Satu lagi Jit ingat tak dulu aruah apak ada buat satu pum air manual guna tangan boleh pum air dari dapur rumah nya tu
[1:06 am, 23/03/2024] Ismail Alang Solok: kau tahu sapa gali perigi tu? aruah bapa Amran
seketul2 dia turunkan pembetung tu kebawah dia gali perigi tu dengan Aruah Sinjo padang
[1:07 am, 23/03/2024] Ismail Alang Solok: pum air yg abang cakap tu kat negeri India banyak diarang guna
Bila mendapat maklumat mengenai pembinaan perigi ini, saya tidak boleh membayangkan bagaimana mereka yang terlibat menurunkan pembetung2 tersebut kedasar perigi tanpa menggunakan kemudahan kren. Bukan sebiji tetapi sekurang2nya lima ke enam biji!
Air perigi ini jauh kedalam jika musim kemarau tetapi akan boleh diceduk dengan tangan bila musim hujan yang berpanjangan. Baldi yang diikat dengan tali digunakan untuk mengangkat air naik keatas. Silap haribulan kadang2 baldi boleh hilang dari perigi. Yang pasti mesti telah terlepas oleh seseorang lalu tenggelam didasar perigi. Pada awal tahun 60an dengan perkembangan teknologi, arwah bapa telah membeli sebiji pam air untuk digunakan diperigi ini. Ada dua pilihan untuk air keluar bila dipam. Salah satu darinya ialah bila dipam air akan keluar melalui corong air seperti gambar. Satu lagi pilihan air boleh terus disalurkan kerumah dengan membina/memasang paip terus ke rumah. Memang memudahkan kerana tidak perlu lagi mengangkut air mengguna baldi yang dijinjing mengguna kiri kanan tangan atau mengguna pengandar. Memang jenuh untuk mengangkat air kerana perigi dengan rumah lebih kurang 100 meter jaraknya. Tukang pam biasanya akan melaung kerumah untuk bertanya air yang ditadah sudah penuh atau belum. Sudah tidak ingat apa dailog yang digunakan oleh kedua2 pihak.
Contoh pam
Beginilah bentuk pam air yang telah diusahakan oleh Arwah Bapak. Ianya bewarna merah kekuningan2an. Memang berat untuk mengepam. Untuk lebih ringan terpaksa mengguna tenaga dua orang. Kadang2 terpaksa menggunakan berat badan dengan bergayut pada pam.
Apabila penduduk Kampong Solok mendapat kemudahan air paip, perigi pembetung dengan sendirinya terabai begitu sahaja dan akhirnya lenyap dari pandangan mata. Yang tinggal hanya kenangan.
Sabtu, 9 Mei 2020
Repair zip sling beg di Dr. Shoes, Kajang
Lot 13B & 31A Bangunan Arked Mara 43000 Kajang, Selangor
Keluaran Bandung.
Rabu, 6 Mei 2020
Suasana menunggu senja/maghrib/berbuka
Sambil menunggu masuknya waktu maghrib atau masuknya waktu berbuka pada bulan Ramadhan, irama inilah yang diperdengarkan di radio pada tahun-tahun 60an dan 70an. Untuk mendengar irama tersebut sila klik link diatas.
Radio jenama Philips yang seakan-akan ini. Radio inilah penghibur utama di era itu.
Model Philips B3X75U adalah radio yang diimport, dibuat di Holland pada tahun 1957. Ia adalah penerima superheterodyne 5 injap, dan merangkumi jalur siaran dan dua jalur gelombang pendek.
Kabinet bakelite dalam gaya Eropah dengan lima butang gaya piano butang tekan untuk menukar jalur dan mempunyai dua tombol. Labelnya dalam dua bahasa. Ia mempunyai label FERROCEPTOR untuk menunjukkan penyesuaian slug. Butang tekan tangan kiri dilabel ARRET / OFF dan mematikan kuasa radio. Semua butang tekan lain menghidupkan radio. Butang tekan seterusnya dilabel PU dan digunakan untuk input audio dari pemain rakaman atau pengambilan. Butang tekan tengah dilabel PO / MW dan memilih jalur siaran. Butang tekan seterusnya dilabel OC2 / SW dan merupakan jalur gelombang pendek kedua. Butang sebelah kanan dilabel OC1 / SW dan merupakan jalur gelombang pendek pertama. Tombol tangan kiri adalah kenop sepusat dua, dengan tombol luar yang lebih besar sebagai kawalan kelantangan, dan tombol pusat yang lebih kecil sebagai kawalan nada. Tombol tangan kanan mempunyai gaya yang sama, tetapi kedua-dua tombol adalah kawalan penalaan. Skala dail dilabel dalam meter, dengan gelombang MEDIUM 200 hingga 550 meter, gelombang pendek 2 adalah 50 hingga 120 meter, dan gelombang pendek 1 14 hingga 44 meter. Skala dail juga berlabel dan dengan stesen radio Eropah, seperti Marchl, London, Lisboa, Budapest, Porto11, Tripoli, Paris, Hilvers1, Praha, Bermunster, Velthem, Rabat, Roma, Aleppo, Bruxelles, Oran, Hilvers, Sofia, Lisboa, Lyon, RCPorto, Brussel, Kaherah, Cyprus dan Tel Aviv.
Radio adalah reka bentuk tanpa transformer, biasanya disebut set AC / DC, atau set casis panas. Ini kerana satu sisi plumbum input daya disambungkan ke casis. Ini boleh menjadi masalah keselamatan, jika kabel atau palam utama mempunyai pembalikan, atau jika soket kuasa atau pendawaian rumah tersambung dengan salah. Radio ditutup sepenuhnya untuk mengelakkan pengguna daripada bersentuhan dengan mana-mana bahagian logam, tetapi ini tidak melindungi anggota servis. Cara paling selamat adalah selalu menggunakan pengubah pengasingan semasa mengerjakan radio tanpa transformer. Kelebihan reka bentuk tanpa transformer, adalah penjimatan kos kerana tidak mempunyai transformer kuasa, dan kemampuan untuk menjalankan radio dari bekalan utama DC, yang digunakan di Eropah dan UK, pada tahun 1930-an. Saya menambah transformer 240 hingga 110 volt luaran, yang disambungkan secara kekal, untuk menjadikan radio selamat.
Radio dapat berjalan dari 110 V atau 220 V, dengan menetapkan suis. Tetapan yang lebih tinggi menggunakan perintang penurunan luka wayar yang besar. Injap adalah jenis Eropah dengan voltan pemanas yang tidak biasa. UY42 mempunyai pemanas 31 volt, UL84 memiliki pemanas 45 volt, UBC81 mempunyai pemanas 14 volt, UF89 memiliki pemanas 12 volt, dan UCH81 mempunyai pemanas 19 volt. Apabila semua pemanas disambungkan secara bersiri, mereka akan menyambung hingga 121 volt, dan dapat disambungkan terus ke saluran elektrik. Semuanya menarik 100 mA. Penyearah UY42 adalah dioda tunggal dengan katod yang dipanaskan secara tidak langsung. Penebat katod pemanas tinggi, untuk pengasingan elektrik. Ia menggunakan pangkalan RIMLOCK, yang merupakan pangkalan miniatur 8 pin dengan benjolan di kaca, untuk memasukkan soket. Semua injap lain mempunyai asas miniatur 9 pin.
Injap output audio UL84 adalah pentode. UBC81 adalah dioda triode ganda dan digunakan sebagai audio pre-amplifier, detector, dan AGC diode. UF89 adalah pentode dan digunakan sebagai penguat IF 452 kHz. UCH81 adalah triode heptode dan digunakan sebagai pengayun dan pengadun. Ia mempunyai batang ferit sebagai udara dalaman. Radio cukup sensitif dan berfungsi dengan baik.
Semasa saya mendapat radio, ia dibongkar dalam kotak kadbod. Nasib baik semua bahagian hadir. Saya agak berhati-hati dalam bekerja di radio ini, kerana reputasi yang dimiliki oleh set tanpa transformer. Oleh itu, saya menggunakan pengubah pengasingan semasa ia tidak sesuai. Saya juga menggunakan varikos untuk menaikkan daya secara perlahan. Saya mengganti kapasitor suapan audio dari preamp ke output audio, kerana ia melewati beberapa DC. Dengung lembut muncul dan radio mula berfungsi. Sensitiviti rendah, jadi saya menyelaraskan IF, tetapi salah satu slug pecah. Saya membongkar transformer IF dan membaikinya. Sensitiviti bertambah baik. Suis memerlukan pembersihan untuk membuat tali gelombang pendek berfungsi. Saya menjumpai kotak, transformer 240 hingga 110, dan memasangnya secara kekal di plag utama. Saya perhatikan retakan di kaca injap output audio, tetapi radio terus berfungsi, mengabaikan kenyataan ini.
Litar dan spesifikasi
hak cipta
Ray Robinson vk2no

Bahagian dalam radio berkenaan. Banyak terdapat taik-taik bewarna kuning.
Radio ini menggunakan kuasa enam biji bateri saiz A terletak dikawasan bertanda.
Dipangkin inilah tempat melepak menunggu masuk waktu maghrib/berbuka sambil mendengar radio.
Sabtu, 2 Mei 2020
Projek PKP Covid-19 - Pembenihan biji mangga susu
Lebih kurang tiga minggu selepas dialihkan
15.5.2019
4.6.2020
Syiling 50sen. Terjumpa semasa mengaut tanah hitam di tempat pembakaran sampah Surau Al Islah
Langgan:
Catatan (Atom)