some one like you

Jumaat, 15 Mei 2020

Surat khabar jawi Utusan Melayu



Tahun 60an hingga 70an bapak memang menjadi pelanggan dan pembaca tetap akhbar jawi Utusan Melayu. Akhbar mingguan pula dinama Utusan Zaman.  Berharga lebih kurang 20 sen sahaja. Dibeli secara langganan bulanan dari kedai keling Rahim di Astana Raja. Bapak arahkan saya untuk uruskan bayaran pada setiap bulan. Saya yang akan mengambil akhbar berkenaan dari kedai Rahim apabila balik dari sekolah. Kesan dari langganan akhbar jawi tersebut kami adik beradik mampu membaca tulisan jawi dengan lancar. Disamping itu kami berpengetahuan tentang berita2 semasa negara dan dunia. Berita yang sering disiarkan ketika itu ialah berita tentang perang antara Isreal dan Palestin, Bukit Golan, Monshe Dayan yang bermata lanun, Richard Nixon, Henry Kissinger dan lain2 lagi. Ntah apa mimpi saya suatu hari saya telah memandai2 menukar melanggan Utusan Melayu (Jawi) kepada Utusan Melayu (Rumi). Mula2 bapak tidak tegur tapi suatu hari keluar dari mulut dia "Pandai2 tukar bayarlah sendiri". Hari2 seterusnya saya tidak lagi berani memandai2 menukar sesuatu yang bapak telah tentukan. Selain kisah melanggan surat khabar, ada banyak lagi cerita tentang kedai Rahim. Setiap bulan saya akan disuruh oleh Rahim mengira hutang semua pelanggan dia. Tiada kalkulator lagi masa tu. Saya tidak pernah merungut walau pun tiada upah. Kesannya saya menjadi seorang yang bagus dalam pelajaran ilmu hisab ketika itu. Kedai Rahim satu2nya kedai yang menjual komik ketika itu. Sebagai hantu komik, kedai Rahim telah menjadi sasaran hantu komik saya. Telah lama saya sedar itu merupakan satu kesalahan.


Richard Nixon 1969 - 1974

Henry Kissinger 1973 -1977

Monshe Dayan 1967 - 1974

Tiada ulasan:

Catat Ulasan