some one like you

Khamis, 14 Mei 2020

Kampung Haji Abdullah Hukum, Jalan Bangsar

Mendapat tawaran sebagai Pelatih Pegawai Kadet Tentera (1978)
Surat tawaran dilampirkan sekali dengan waran tiket keretapi Tampin - Seremban. Dari kampung menaiki bas ke Stesyen Keretapi Tampin lalu ke Stesyen Keretapi Seremban. Sampai di Stesyen Keretapi Seremban telah siap menunggu beberapa orang tentera. Semasa perbarisan di stesyen keretapi ini, bermulalah episod maki hamun keatas kami semua. Dari sini menaiki trak tentera ke Kem Tentera Darat Port Dickson. Sampai dikem ini kami ditempatkan beramai2 di satu dewan asrama. Dikeliling asrama kelihatan kayu2 balak tertulis nama pelakun2 terkenal seperti Sarimah, Nor azizah dan lain2. Difahamkan kayu tersebut diguna dalam latihan dan hukuman. Kenapa tertulis nama seniwati2 terkenal? Mungkin untuk menaikkan semangat! Pada sebelah malam mula diadakan pemeriksaan kesihatan termasuk gigi. Saya menjangkakan akan gagal dalam pemeriksaan ini terutama berkait gigi (Gigi budak kampung) lalu meninggalkan kem tersebut. Tanpa maklum kepada keluarga dikampung, cabut ke KL dengan niat dan harapan mencari rumah sewa rakan sekampung di Kampung Haji Abdullah Hukum, Jalan Bangsar. Panduan hanya berbekalkan Kilang Lever Brothers dan surau Kampung Haji Abdullah Hukum. Sampai disana hari telah gelap (mungkin 10 malam) turun bas Sri Jaya meredah Kampung Haji Abdullah Hukum, nasib baik bertanya tempat yang betul. Akhirnya dapat juga ditemui rumah sewa sahabat2 kampung tersebut lalu bermulalah jalani hidup sebagai setingan Kampung Haji Abdullah Hukum. Memang amat padat kawasan ini. Bekalan air diperolehi dari sumber satu paip dikongsi beramai2 dengan mengguna paip getah. Bergaduh berebutkan air, mencabut getah paip getah jiran yang sedang menadah air menjadi punca pergaduhan. Bunyi keretapi lalu lalang telah menjadi lumrah kerana rumah sewa berkenaan terletak ditepi jalan keretapi. Kadang lalui suasana banjir hingga ada barang yang tenggelam. Bila banjir kami semua lari ketempat tinggi yang terletak ditepi Jalan Bangsar sambil memerhati rumah ditenggelami air. Perit getir membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur selepas banjir surut adalah suatu yang amat memenatkan. Menjemur barang2 yang basah yang sempat diselamatkan menyebabkan atap rumah penuh dengan barang2 yang dijemur.



Dapat kerja sebagai kerani sambilan di Ibu Pejabat Felcra, Bangunan MISC, Jalan Conlay off Jalan Raja Chulan, Kuala lumpur. Dibayar gaji hari RM12/hari. Ada kerja ada gaji. Andai 25 hari bekerja dapatlah RM300 belum ditolak itu ini. Kadang kerana tidak ada duit pernah berjalan kaki dari Klang Bus Stand (Toshiba) ke Jalan Conlay melalui Telekom menyusur Jalan Raja Chulan. Kadang singgah di Wisma Budiman, Wisma Steven, Cold Storage/Weld, Fitzpatrick Supermarket, Wisma Boustead (tempat tunggu bas) dll. Jika hari cuti makan sekeping roti canai bagi menampung makan tengahari dan malam. Kadang dapat upah nasi bungkus kerana tolong belikan nasi untuk rakan2 yang tengah "berjuang". Kadang dapat pinjam dari rakan2 yang memang loaded kerana bekerja sebagai peredah hujan memasang talian LLN. Tempat makan ialah di Jalan Riong/Liku. Disinilah tempat makan harian terutama disebelah malam yang memang ramai pengunjung terdiri dari staf NST. Disini jugalah saya makan roti canai yang memang terkenal ketika itu. Pasar malam pula terdapat di Bukit Bangsar. Tempat membeli barang2 runcit pula di kedai Azmi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan