some one like you

Ahad, 10 Mei 2020

Perigi pembetung dan pam air (Pitcher pump)



Contoh perigi pembetung

Saya tidak ingat bila perigi mula digunakan oleh keluarga kami dan jiran2 sekeliling. Seingat saya semasa saya kecil saya selalu mengikut mak kesungai untuk membasuh kain dan mandi. Tidak pasti samada perigi telah wujud pada waktu itu atau sebaliknya.  
Ada dua perigi yang sering digunakan oleh keluarga saya dan jiran2 sekeliling. Satu darinya ialah perigi Arwah Induk Iyah dan satu lagi perigi pembetung yang diusahakan oleh bapa saya. Perigi Arwah Induk Iyah punya sejarahnya tersendiri kepada penduduk sekitar. Perigi tersebut dipenuhi dengan ikan sembilang. Difahamkan dari penduduk, rasa daging ikan sembilang tersebut ada rasa sabun sebab hari2 ikan tersebut memakan sabun. Oleh sebab itu tiada siapa yang menangkap ikan sembilang tersebut sehingga jumlahnya beratus2 ekor hidup didalam perigi itu. Memandangkan pada masa itu ada rumah penduduk yang tidak mempunyai kemudahan tandas, maka kawasan anak air ditepi perigi telah dijadikan "tandas jadian" (haha).

Berbalik kepada kisah perigi pembetung, perkataan yang biasa digunakan bagi menyebut kemudahan ini dalam loghat Negeri Sembilan ialah "pigi pombothung". Ukuran lebar bagi setiap pembetung ialah lebih kurang enam kaki dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Keliling perigi ini telah didirikan dinding zing bagi keselesaan menggunakanya. 

Ada sedikit sejarah yang saya perolehi dari Abang Ismail Abu Samah berkaitan pembinaan perigi pembetung ini.

[1:02 am, 23/03/2024] Ismail Alang Solok: Satu lagi Jit ingat tak dulu aruah apak ada buat satu pum air manual guna tangan boleh pum air dari dapur rumah nya tu
[1:06 am, 23/03/2024] Ismail Alang Solok: kau tahu sapa gali perigi tu? aruah bapa Amran
seketul2 dia turunkan pembetung tu kebawah dia gali perigi tu dengan Aruah Sinjo padang
[1:07 am, 23/03/2024] Ismail Alang Solok: pum air yg abang cakap tu kat negeri India banyak diarang guna

Bila mendapat maklumat mengenai pembinaan perigi ini, saya tidak boleh membayangkan bagaimana mereka yang terlibat menurunkan pembetung2 tersebut kedasar perigi tanpa menggunakan kemudahan kren. Bukan sebiji tetapi sekurang2nya lima ke enam biji!
   
Air perigi ini jauh kedalam jika musim kemarau tetapi akan boleh diceduk dengan tangan bila musim hujan yang berpanjangan. Baldi yang diikat dengan tali digunakan untuk mengangkat air naik keatas. Silap haribulan kadang2 baldi boleh hilang dari perigi. Yang pasti mesti telah terlepas oleh seseorang lalu tenggelam didasar perigi. Pada awal tahun 60an dengan perkembangan teknologi, arwah bapa telah membeli sebiji pam air untuk digunakan diperigi ini. Ada dua pilihan untuk air keluar bila dipam. Salah satu darinya ialah bila dipam air akan keluar melalui corong air seperti gambar. Satu lagi pilihan air boleh terus disalurkan kerumah dengan membina/memasang paip terus ke rumah. Memang memudahkan kerana tidak perlu lagi mengangkut air mengguna baldi yang dijinjing mengguna kiri kanan tangan atau mengguna pengandar. Memang jenuh untuk mengangkat air kerana perigi dengan rumah lebih kurang 100 meter jaraknya. Tukang pam biasanya akan melaung kerumah untuk bertanya air yang ditadah sudah penuh atau belum. Sudah tidak ingat apa dailog yang digunakan oleh kedua2 pihak.


Bagaimana pam berfungsi.


Contoh pam
Contoh pam


Contoh pam

Beginilah bentuk pam air yang telah diusahakan oleh Arwah Bapak. Ianya bewarna merah kekuningan2an. Memang berat untuk mengepam. Untuk lebih ringan terpaksa mengguna tenaga dua orang. Kadang2 terpaksa menggunakan berat badan dengan bergayut pada pam. 

Apabila penduduk Kampong Solok mendapat kemudahan air paip, perigi pembetung dengan sendirinya terabai begitu sahaja dan akhirnya lenyap dari pandangan mata. Yang tinggal hanya kenangan.   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan